Panduan terkini dikemaskini pada

Contoh Surat Tidak Hadir Ke Sekolah (Format)

Carian contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah. Berikut disertakan contoh surat rasmi memohon cuti daripada pihak sekolah sekiranya pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa sijil sakit ataupun atas alasan lain yang kukuh atau munasabah. Surat rasmi memohon cuti sekolah ini penting untuk memastikan rekod berhenti sekolah kelak pelajar yang baik dan tiada mempunyai rekod kesalahan ponteng sekolah.

Oleh itu ibu bapa atau pelajar boleh menjadikan contoh surat ini sebagai satu panduan untuk membina Surat Rasmi yang terbaik. Ingat, jangan ponteng sekolah tanpa alasan yang munasabah.

Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah

A. Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 1

Berikut adalah beberapa contoh surat rasmi tidak dapat hadir ke sekolah buat panduan dan rujukan ibu bapa semua.

Muhammad Kamarul Bin Ahmad
Blok A-15 ,Taman Pulau Indah,
10358 Kangar
Perlis Indera Kayangan
___________________________________________

Guru Kelas 5 Cempaka
Sek. Keb. Tanjong Jejawi
Jalan Raja Putra,
10560, Ulu Pauh
Perlis Indera Kayangan                                                        28/03/2016

Tuan/ Puan,

PER: TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara diatas, saya Ahmad Bin Latif waris penjaga Muhamad Kamarul B. Ahmad ingin menjelaskan sebab anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada 26/03/2016.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah disebabkan mengalami demam berpanjangan yang bermula 25/03/2016 setelah pulang dari sekolah.

3. Saya telah membawa anak jagaan saya untuk dirawat pada malam 25/03/2016 berikutan demam yang berlanjutan. Dengan itu, saya sertakan sekali sijil cuti sakit yang diberikan doktor bagi membolehkan anak saya bercuti sehari.

Saya ingin meminta maaf diatas kejadian dan berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan surat ini.
Sekian terima kasih.

Yang Benar,(Ahmad Bin Latif)Berikut adalah contoh surat rasmi tidak dapat ke sekolah kerana anak sakit. Antara alasan-alasan lain yang munasabah seperti kematian saudara terdekat, banjir dan sebagainya.

B. Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 2

Khasidah bt. Mokhtar,
471, Batu 5 ½,
Jalan Gombak,
53100
KL.
_____________________________________________________

Kepada,
Guru Tingkatan 3 Zuhrah,
SMK Setapak Indah,
Jalan 2/6, Setapak Indah,
53100
Kuala Lumpur.
16 Julai 2016

Puan,

TIDAK HADIR KE SEKOLAH

Saya, penama seperti di atas ialah ibu kepada Muhammad Izzat Amir b. Mahmud, pelajar Tingkatan 3 Zuhrah. Saya ingin memaklumkan bahawa anak saya telah tidak hadir ke sekolah pada 16 Julai 2016.

2. Hal ini adalah disebabkan dia mengalami gangguan pernafasan, susulan penyakit asma yang dialami sejak kecil.
Ketidakhadirannya sebelum ini selama dua hari berturut-turut juga disebabkan masalah yang sama.

Saya harap Cikgu memahami masalah anak saya. Saya juga berharap anak saya tidak ketinggalan dalam pelajaran berikutan ketidakhadirannya. Kerjasama Cikgu diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(KHASIDAH BT. MOKHTAR)

C. Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 3

Ahmad Bin Said,
No. 33, Jalan Serindit,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru.
_____________________________________________________

Kepada,
Guru Tingkatan 5 Bestari,
Sekolah Menengah Taman Sutera,
81200 Johor Bahru.                                                             2 Februari 2018

SURAT KETIDAKHADIRAN ANAK/JAGAAN KE SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Ahmad Bin Said bapa kepada murid bernama Yusman Bin Ahmad dari kelas 5 Bestari ingin memaklumkan sebab anak/jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh 30 Januari 2018.

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana:

  • Anak/jagaan saya perlu menghadiri majlis kenduri doa selanat bersama keluarga.

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

………………………………
( Ahmad Bin Said )

D. Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah 4

Abdul Halim Bin Nordin

22, Jalan Kuda Hitam 6,

Taman Kolam Air

80000 Johor Bahru                                                                             Tarikh: _____/_______/______

_________________________ _________________________ __________________

PENGETUA

SMK LARKIN

JALAN DATO’ JAAFAR

80350 JOHOR BAHRU

JOHOR DARUL TAKZIM

SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN ANAK/JAGAAN KE SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya ________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada murid bernama _________________________________________________ dari kelas ____________________ ingin memberikan sebab anak/jagaan saya tidak hadir ke sekolah pada tarikh ________________________.

3. Anak/jagaan saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh tersebut kerana:

  • Anak/jagaan saya sakit/tidak sihat untuk hadir ke sekolah tanpa Sijil Cuti Sakit daripada doktor;
  • Anak/jagaan saya menghadapi masalah pengangkutan ke sekolah;
  • Anak/jagaan saya perlu menghadiri majlis _______________________________________bersama keluarga;__________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________

4. Sehubungan dengan itu, saya memohon agar anak saya tidak dikategorikan sebagai melakukan kesalahan ponteng sekolah pada tarikh tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………………

Semoga Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah ini bermanfaat buat semua. Adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga dalam memastikan anak mereka ke sekolah dalam memastikan pembelajaran anak mereka tidak terganggu.

Related : hadir ke sekolah disebabkan, menghantar surat, nama anak, hadir ke sekolah atas, untuk menulis surat, satu kesalahan, atas urusan kematian, ketidakhadiran ke sekolah, contoh surat tidak hadir, balik kampung, surat cuti