Panduan terkini dikemaskini pada

Doa Selepas Azan dan Iqamah

Apa maksud Azan dan Iqamah? Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara‘ pula diertikan sebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaz tertentu.

Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakan sembahyang. Berikut dikongsikan doa selepas azan dan iqamah beserta bacaan dalam rumi.

azan

Azan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-mana sembahyang fardhu.

Hukum Azan dan iqamah adalah sunnah mu’akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiap sembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama‘ah atau bersendirian, sama ada sembahyang qadha’ atau tunai bagi orang lelaki.

Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkan secara ‘aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama‘ah disunatkan melakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikan suara mereka.

Bacaan Doa Selepas Azan dan Iqamah (Dalam Rumi & Maksud)

Berikut adalah bacaan doa selepas azan dan qamat beserta maskud.

Doa Selepas Azan dalam rumi
Kredit Shafiqolbu
Video Doa Selepas Azan dan Iqamah

Semoga Doa Selepas Azan dan Iqamah ini bermanfaat buat semua.