Panduan terkini dikemaskini pada

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020

Tarikh Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020. Sekali lagi JOHOR akan menjadi perhatian pelancong. Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020 akan berlangsung di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang bermula dari 26 Februari 2020 hingga 1 Mac 2020.

Tahun ini adalah sambutan tahun ke-25 penganjuran festival ini. Pastinya pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sempena sambutan ini yang dijangka lebih meriah.
festibal layang layang sedunia pasir gudang

Tarikh Dan Aktiviti Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020 termasuk tarikh festival, aturcara, acara menarik dan lokasi.

  • Tarikh : 26 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020
  • Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang
  • Tema : Akan dikemaskini

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang merupakan salah satu acara tahunan yang berprestij dan telah disenaraikan dalam kelendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya. Mula dianjurkan sejak 1995 dengan jayanya oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan mendapat kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Johor dan Persatuan Pelayang Johor.

MAKLUMAT PENTING FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA PASIR GUDANG 

Dengan keunikannya yang tersendiri festival ini sentiasa mendapat tempat di hati para pengunjung yang hadir menyaksikan para pelayang antarabangsa di seluruh dunia bergabung bagi memperlihatkan hasil seni dan kreativiti masing-masing melalui pelbagai bentuk layang-layang berwana-warni besar dan kecil menghiasi ruang udara Bukit Layang-Layang Taman Bandar Pasir Gudang, Johor, Malaysia

Tidak ketinggalan pelayang kebangsaan seluruh Negara yang turut hadir mempamerkan hasil seni pembuatan wau tradisional Malaysia yang diperbuat daripada bahan semulajadi seperti buloh dan kertas berunsurkan motif sobek dan nilai estetika yang menakjubkan.

jubli perak festibal layang layang pg

Acara Menarik Di Festival Layang-Layang Pasir Gudang

Persembahan layang-layang moden besar kecil penuh warna warni oleh peserta antarabangsa

  • Persembahan layang-layang tradisi Malaysia besar kecil oleh peserta kebangsaan.
  • Persembahan layang-layang besar oleh Persatuan Pelayang Johor.
  • Pertandingan layang-layang rokkaku.
  • Bengkel layang-layang awam oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertunjukan layang-layang stunt kite dan revolution oleh peserta antarabangsa dan tempatan.
  • Pertunjukan Lollypop Drop.
  • Persembahan Malam Kebudayaan.
  • Gerai-gerai jualan.

Selamat berkunjung ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2020. Semoga anda dan sekeluarga bergembira dengan acara menarikh yang disediakan sepanjang festival layang-layang ini,