Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua 2015

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 09:46 PM

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua 2015. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Garis panduan Hiburan yang baru edisi kedua pada awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari 2015. Antara lain, Jakim telah mengeluarkan peraturan mengasingkan antara penonton lelaki dan perempuan di konsert dan persembahan pentas.

JAKIM turut tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur “menyembah ” dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.

Garis  Panduan  Hiburan  Dalam  Islam JAKIM

Ianya disediakan  untuk  memberi  panduan  kepada  pihak berkuasa,  penganjur,  penerbit  dan  pihak  yang  terlibat  dalam  aktiviti  dan  industri  hiburan. Garis panduan ini juga dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam.Garis panduan tersebut boleh didapati dalam bentuk dokumen di Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua

garispanduanhiburan

Sebelum ini pihak berkuasa agama mengkritik aksi gadis-gadis bertudung yang memeluk dan mencium penyanyi kumpulan B14A pada satu konsert mini di Live Centre di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Januari lalu.

Perilaku mereka dikatakan keterlaluan dan bertentangan dengan ajaran Islam, serta menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.