Panduan terkini dikemaskini pada

Harga Minyak Masak Terkini Bermula 8 Mac 2023

Harga Minyak Masak Terkini Mulai 8 Mac 2023. Berapa harga minyak masak dalam botol dan paket di Malaysia susulan penetapan harga siling secara bulanan. Harga minyak masak dalam paket 1KG akan kekal pada RM2.50 sekilogram. Namun, subsidi akan dihapuskan untuk minyak masak selain daripada paket 1KG. Pengumuman harga minyak masak terkini telah dibuat oleh Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa pada hari Isnin 1 Ogos 2022. Harga minyak masak terkini di Malaysia ini akan mula berkuatkuasa dari 8 Mac 2023.

harga minyak masak terkini setiap bulan

Senarai Harga Minyak Masak Terkini Mulai 8 Mac 2023

Berikut dikongsikan harga siling runcit minyak masak kemasan botol bermula 8 Mac 2023 :-

  1. Botol 1KG : RM6.90
  2. Botol 2KG : RM13.30
  3. Botol 3KG : RM19.60
  4. Botol 5KG : RM30.90

Harga siling atua maksima yang ditetapkan berdasarkan harga semasa CPO yang diumumkan MPOB setiap awal bulan. Berkuatkuasa hanya bagi semenanjung Malaysia. Bagi peniaga yang gagal mematuhi penetapan harga maksimum ini, boleh dikenakan tindakan oleh KPDNHEP

Harga Minyak Masak 2016

Dibawah adalah maklumat mengenai harga minyak pada tahun 2021.

Harga Subsidi vs Tanpa Subsidi

  • 1KG : RM3.60 (RM3.70)
  • 2KG : RM7.20 (RM7.40)
  • 3KG : RM10.35 (RM11.10)
  • 5KG : RM14.70 (RM18.50)
  • Paket Plastik : RM2.50 (RM2.50 kekal)

* Harga dalam kurungan adalah harga tanpa subsidi

harga minyak masak terkini bulan 11
Senarai Harga Minyak Masak Bukan Bersubsidi

Nota

Senarai harga minyak masak bukan bersubsidi di atas ini bukan dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Harga jualan minyak masak bukan bersubsidi tidak ditetapkan oleh KPDNHEP sebaliknya harga minyak tersebut ditetapkan oleh industri mengikut harga pasaran minyak sawit.

Walau bagaimanapun, industri masih tertakhluk pada Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011. Ini bermakna jika terdapat kenaikan harga yang tidak munasabah berlaku, maka tindakan boleh diambil ke atas industri kerana mengambil keuntungan berlebihan.

Skim Penstabilan Harga Minyak Masak

Langkah kerajaan dalam penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak bertujuan untuk memastikan golongan sasar yang memerlukan minyak masak dapat menikmati subsidi kerajaan. Tanpa langkah ini, kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menanggung subsidi minyak. Langkah juga bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran.

Dengan penghapusan subsidi minyak masak selain paket 1 KG, diharap pihak peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Semoga harga barang terutama makanan tidak akan terjejas ketika kos sara hidup kini semakin meningkat. sumber Berita RTM