Hikmah Dan Rahsia Ibadat Haji

Panduan terkini dikemaskini pada 21 Oktober 2018 jam 02:26 PM

Hikmah Dan Rahsia Ibadat Haji
Rate this post

Beberapa rahsia yang dapat dikutip dari Ibadat Haji. Ibadah haji bukan sahaja memerlukan penguasaan ilmu pengetahuan, melaksanakan juga menuntut kepada kekuatan mental dan fizikal umat Islam di samping menguji keimanan serta ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya.

Hikmah Dan Rahsia Ibadat Haji/ Umrah

1-Mengukuhkah tauhid dalam jiwa. Maka disyariatkan Talbiyah.

hikmah haji

2- Mengagungkan bimbingan para Nabi dan kesan peninggalan ajaran mereka. Seperti tawaf di Kaabah dan Saei. Wuquf di Arafah serta melontar.

3- Tarbiyah akhlaq yang mulia; bersifat pemaaf dan lemah lebut dengan orang lain yang datang dari pelbagai budaya dan adat.

4- Perhubungan sesama umat Islam yang datang dari seluruh pelosok dunia dan bertukar manfaat.

5- Maslahat dan kebaikan dunia dapat diperolehi dalam pertemuan di musim haji.

6- Kesucian tempat dan kemuliaan waktu dengan beberapa amalan haji yang disyariatkan oleh Allah.

7- Terkumpul padanya pelbagai jenis ibadat;
Ibadat jasmani, harta, perbuatan dan meninggalkan larangan.

8- Keluasan dan kelonggaran dari sudut hukum melalui hadis “if’al wa la haraj” ketika baginda ditanya di Mina tentang tertib amalam haji pada hari tersebut.
Berbeza dengan hukum solat dan lain-lain ibadat.

[Al-Haj syarah Bulugh al Maram 21-30]

*AAM, Mina. Hari Haji Akbar 1435H.

SUMBER

Hikmah Ibadah Umrah

Sebagaimana ibadah haji, umrah di wajibkan ke atas manusia sekali dalam seumur hidup, dengan ketentuan adanya istitha’ah (kesanggupan), kecuali penduduk Makkah sebab mereka hanya di wajibkan menunaikan haji, sedangkan umrah tidak. Di antara kelebihan dan hikmah ibadah umrah ialah:-

  1. Suatu ibadah umrah hingga sampai ke umrah lainnya adalah pelebur dosa di antara keduanya.
  2. Melakukan umrah di bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.
  3. Menghilangkan kefakiran dan dosa. Diriwayatkan oleh hadis sahih bawasa 1 dirham yang dibelanjakan untuk tujuan kebajikan dan kebaikan akan digandakan sebanyak 700 dirham.
  4. Barangsiapa keluar untuk menunaikan haji dan umrah lalu meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka baginya diberikan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat dan tidak diadili dan tidak pula dihisab melainkan dikatakan kepadanya “masuklah ke dalam syurga”
  5. Menjadi tetamu Allah, tetamu Allah ada tiga golongan; orang yang berhaji,berumrah dan berperang.
  6. Pahala dan ganjaran dilipatgandakan, mengabulkan apa yang mereka doakan

Moga perkongsian hikmah ibadah haji dan umrah bermanfaat buat semua.