Hukum Kahwin Lari Di Selatan Thailand

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 06:25 PM

Hukum Kahwin Lari Di Selatan Thailand. Berikut dikongsikan Hukum Kahwin Lari di Selatan Thailand yang dikongsikan dari sumber PPIM Keputusan 15. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Terdapat banyak punca berlakunya kahwin lari antaranya halangan isteri untuk suami berpoligami, halangan keluarga dan lain-lain lagi.

Menurut Wikipedia, Kahwin Lari bermaksud :-

Kawin lari merupakan tindakan melarikan seorang wanita tanpa izin, yang bertujuan untuk hidup bersama maupun menikah. Dapat juga berarti penculikan gadis di bawah umur atas persetujuannnya, namun tak disukai oleh orang tuanya. Ini juga bisa diartikan dengan menculik pengantin wanita, baik dengan taktik, paksaan, maupun ancaman. Di Indonesia kebiasaan ini masih ada di beberapa tempat, seperti di Lampung, Bali, Sumatera Utara, dsb.

kahwinlari

 

Hukum Kahwin Lari 

Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

  • 1.   Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
  • 2.   Pernikahan itu melebihi dua marhalah.
  • 3.   Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
  • 4.   Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

Sebelum membuat keputusan kahwin lari, berfikirlah dengan waras kerana dalam perkahwinan, restu daripada ayah dan ibu adalah penting. Tanpa restu mereka, perkahwinan yang dibina belum tentu menjamin kebahagiaan bersama sehingga akhir hayat.

Fikir-fikirkanlah jika ada pasangan yang berniat untuk kahwin lari. Ingat, perkahwinan bukan untuk masa selama setahun dua sahaja.