Insentif Aidilfitri Peneroka Felda 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 31 Mei 2019 jam 08:21 PM

Berita baik buat peneroka Felda yang layak apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan bayaran insentif Aidilfitri 2019 untuk peneroka FELDA berjumlah RM300. Pembayaran akan diberikan kepada sejumlah 112,635 peneroka Felda dengan peruntukkan berjumlah RM34 juta.

Untuk makluman, semenjak tahun 2003, Felda memberi sumbangan Aidilfitri bagi meringankan beban kewangan peneroka dalam menyediakan keperluan menyambut hari raya. Ianya sudah seperti tradisi yang dinanti-nantikan peneroka.

felda

Jumlah Bayaran Insentif Aidilfitri Peneroka Felda 2019

Insentif Aidilfitri berjumlah RM300 seorang kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara akan diberikan kepada semua peneroka Felda. Bayaran Bantuan khas Aidilfitri akan dibayar beserta bayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH & PDH) kepada peneroka yang terlibat.

Bayaran akan dilakukan dengan kadar segera sebelum hari raya Aidilfitri 2019.

Semoga pemberian Insentif Aidilfitri Peneroka Felda 2019 ini mampu meringankan beban peneroka dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 5 Jun 2019 (Rabu).