TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2019 Jadual Cadangan Waktu Perjalanan

Panduan terkini dikemaskini pada 31 Mei 2019 jam 07:21 PM

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019. Berikut adalah Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak Hariraya Aidilfitri 2019 iaitu di antara 30 Mei hingga 10 Jun 2019. Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari Rabu, 5 Jun 2019 (1 Syawal 1440H).

TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu. Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA.

lebuhraya plus

Jadual TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2019 (Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara Selatan)

Berikut dikongsikanĀ TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2019 iaitu Jadual Cadangan Waktu Perjalanan di Lebuhraya PLUS dari 30 Mei hingga 10 hb Jun 2019.

PLUS mengesyorkan kepada pengguna lebuh raya di bawah kendaliannya untuk mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi membantu mereka merancang perjalanan balik kampung termasuk balik ke kota selepas beraya.

Berikut adalah TTA PLUS untuk Hari Raya Aidilfitri 2019 buat rujukan pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS Highway) :-

i) Perjalanan Dari Lembah Kelang Ke

  • a) Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dan Johor : Cadangan waktu memasuki Lebuhraya adalah sebelum 1000 pagi
  • b) Lain-lain negeri : Selepas 1000 pagi

ii) Perjalanan Ke Lembah Kelang

  • a) Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dan Johor : Cadangan waktu memasuki Lebuhraya adalah sebelum 1000 pagi
  • b) Dari Lain-lain negeri : Selepas 1000 pagi

Secara ringkasnya, bagi perjalanan balik kampung, PLUS mencadangkan agar pengguna pulang sebelum jam 10 pagi antara tempoh 30 Mei hingga 10 Jun khususnya bagi yang menuju ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak dan Johor.

Bagi mereka yang menghala ke negeri berdekatan Lembah Klang seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor dinasihatkan untuk menggunakan lebuh raya selepas jam 10 pagi.

TTA PLUS Aidilfitri 2019

Maklumat Trafik Terkini

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.

Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019. Semoga anda berhati-hati dalam perjalanan balik dan pulang ke kampung bersama keluarga tersayang.