Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (KPTN)

Panduan terkini dikemaskini pada 3 Februari 2019 jam 11:08 AM

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (KPTN)
Rate this post

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (KPTN). Bilakah tarikh Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun 2019 (juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U)? Karnival KPTN pasti dinantikan oleh pelajar SPM dan STPM yang berhajat untuk menyambung pengajian tinggi mereka melalui permohonan UPU online. Berikut dikongsikan tarikh dan Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (KPTN) yang bakal diadakan di beberapa negeri dan zon di seluruh Malaysia.

Tujuan utama Karnival Jom Masuk U ini ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej yang menyertai pameran pendidikan tersebut. Semasa karnival itu anda boleh berjumpa terus dengan wakil-wakil dari universiti dan kolej semasa pameran.

jadual karnival pendidikan tinggi negara

Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (KPTN) Karnival Jom Masuk IPT

Pelajar adalah disarankan untuk datang ke KPTN di lokasi berhampiran dengan tepat tinggal anda. Ianya akan memudahkan anda membuat keputusan yang tepat semasa melanjutkan pelajaran anda ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Para pelajar digalakkan untuk membawa keputusan peperiksaan yang terkini untuk mendapatkan nasihat pemilihan program pengajian. Pemohon juga patut mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan program pengajian yang dibuat untuk mengetahui peluang mendapat tawaran.

Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara Tahun 2019

Berikut adalah Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (KPTN). Maklumat yang dikongsikan adalah tarikh, lokasi dan negeri/zon. KPTN 2019 akan diadakan dari hujung bulan Januari sehingga awal bulan April 2019 jik aberdasarkan kepada tarikh penganjuran tahun-tahun sebelumnya. Senarai lokasi KPTN akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Zon 1 / Selatan

  • 2 hingga 3 Mac 2019
    • Padang Kawad UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor

Zon 2 / Sabah

  • 9 hingga 10 Mac 2019
    • Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu, Sabah

Zon 3 / Utara

  • 9 hingga 10 Mac 2019
    • Padang Kawad USM, Pulau Pinang

Zon 4 / Timur

  • 16 hingga 17 Mac 2019
    • AEON Mall, Kota Bharu, Kelantan

Zon 5 / Sarawak

  • 23 hingga 24 Mac 2019
    • Mydin Mall Petra Jaya, Kuching, Sarawak

Zon 6 / Tengah

  • 30 hingga 31 Mac 2019
    • MAEPS, Serdang, Selangor

Maklumat lanjut, sila rujuk kepada grafik Jom Masuk IPT 2019 berikut :-

karnival jom masuk ipt

Tahun 2018

NEGERI

TARIKH

LOKASI

1. Sabah (Tawau)27 – 28 JanuariEastern Plaza, Tawau
2. Sarawak (Miri)27 – 28 JanuariPermaisuri Imperial City Mall, Miri
3. Melaka3 – 4 FebruariMelaka International Trade Centre (MITC)
4. Perlis10 – 11 FebruariUniversiti Malaysia Perlis
5. Kedah10 – 11 FebruariUniversiti Utara Malaysia
6. Johor24 – 25 FebruariPersada Johor

7. Negeri Sembilan

24 – 25 Mac Februari

Politeknik Nilai

8. Terengganu24 – 25 Mac 3 – 4 MacUniversiti Malaysia Terengganu
9. Pahang3 – 4 MacUniversiti Malaysia Pahang
10. Pulau Pinang10 – 11 MacPoliteknik Seberang Perai
11. Kelantan10 – 11 MacUSM (Kubang Kerian)
12. Sabah (Kota Kinabalu)17 – 18 Mac1Borneo Hypermall
13. Labuan17 – 18 MacKomplek Ujana Kewangan
14. Selangor31 Mac – 1 AprilUiTM Shah Alam
15. Perak7 – 8 AprilAmanjaya Convention Centre, Ipoh
16. Sarawak (Kuching)7 – 8 AprilMYDIN Petra Jaya, Kuching
  • Masuk : Percuma
  • Waktu/ Masa : 800 pagi hingga 500 petang

Tahun 2017

  • 1. Zon Timur (Kelantan, Terengganu Dan Pahang) : 11 – 12 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. AEON Kota Bharu, Kelantan (Perasmian Pembukaan)
  • 2. Mini Zon (Perlis dan Kedah) : 18 – 19 Februari 2017  (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Dewan Ilmu Kampus UNIMAP Pauh Putra, Perlis
  • 3. Zon Selatan (Johor dan Melaka) : 25 hingga 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Kampus UTHM, Batu Pahat, Johor
  • 4. Zon Utara dan Tengah. (Pulau Pinang dan Perak). 4 hingga 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. Padang Kawad, Kampus Induk,USM Pulau Pinang
  • 5. Zon Sabah (Sabah) : 11 hingga 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 8.30 pagi hingga 5 petang. Suria Sabah Shopping Mall, Kota Kinabalu, Sabah
  • 6. Zon Sarawak (Sarawak) : 18 hingga 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 8.30 pagi hingga 5 petang. CityONE Megamall Kuching, Sarawak
  • 7. Zon Tengah. Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. 25 hingga 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad). 9 pagi hingga 5 petang. DEWAN TUANKU CANSELOR USIM & PERKARANGAN, Negeri Sembilan. Perasmian Penutup

Selamat berkarnival. Semoga perkongsian Jadual Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 (KPTN) ini bermanfaat buat semua. Jom hadir ke Karnival Jom Masuk IPT berdekatan anda.