Jadual Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2019. Anda seorang pelajar atau pencari kerja yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan pendidikan dan kerjaya anda pada masa depan? Jom ramai-ramai kunjungi Karnival Pendidikan MARA 2019 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan berlangsung mengikut zon di seluruh Malaysia.
Selain itu, pelajar termasuk pemohon UPU online juga boleh mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 Jom Masuk U yang akan diadakan di seluruh Malaysia.
Jadual Karnival Pendidikan MARA Tahun 2019
Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jadual (tarikh & lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2019 di seluruh Malaysia. Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan tajaan atau mencari pelbagai peluang pendidikan boleh mengunjungi karnival ini.
Di antara aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA tahun 2019 adalah seperti berikut :-
- Ceramah kerjaya
- Kaunseling kerjaya
- Pendaftaran online Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
- Cabutan Bertuah
- Maklumat pendidikan IPTS & IPMa
- Jualan usahawan
- Food truck
- Pendaftaran Alumni MARA
- Photobooth
Tahun 2019
- Akan dikemaskini
Tahun 2018
Berikut adalah lokasi dan tarikh Karnival Pendidikan MARA tahun 2018 diadakan.
ZON TENGAH
- Kuala Lumpur : 31 Mac – 1 April 2018 (Sabtu & Ahad) di Lobi Dewan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera (Aras 6), Kuala Lumpur
PANTAI TIMUR
- Terengganu : 21-22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Terengganu
ZON SELATAN
- Johor : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor
ZON UTARA
- Kedah : 21 -22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah
WILAYAH TIMUR
- Sarawak : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
- Sabah : 24-25 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Nota: Tarikh dan lokasi adalah tertakluk kepada perubahan. Waktu karnival adalah dari pukul 1000 pagi hingga 600 petang
TAHUN 2017
BIL | NEGERI | HARI/ TARIKH | TEMPAT & LOKASI |
---|---|---|---|
1 | Perlis | 25 – 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad) | Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis |
2 | Kuala Lumpur | 7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu) | Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur |
3 | Kelantan | 4 – 5 Mac 2017 (Sabtu dan Ahad) 8 – 9 Mac 2017 (Rabu & Khamis) | Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu |
4 | Pahang | 11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Megamall, Kuantan, Pahang |
5 | Melaka | 11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | KIP Mart, Bachang, Melaka |
6 | Pulau Pinang | 18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Penang |
7 | Johor | 18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Plaza Angsana, Johor Bahru |
8 | Sabah | 25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Suria Sabahm Kota Kinabalu |
9 | Perak | 25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) | Aman Jaya Convention Centre, Meru, Ipoh |
10 | Sarawak | 30 – 31 Mac 2017 (Khamis & Jumaat) | The Hills Shopping Mall, Kuching |
11 | Selangor | 1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Anggerik Mall, Shah Alam |
12 | Kedah | 1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar |
13 | Terengganu | 8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu |
14 | Negeri Sembilan | 8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad) | Mydin Mall, Seremban 2 |
Nota Penting :
Pindaan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2017 di lokasi :-
- 1) Stadium Sultan Muhammad, Ke IV Kota Bharu, Kelantan pada 4 – 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) dan
- 2) Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu)
Maklumat Penting Karnival Pendidikan MARA
Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar-pelajar terutamanya lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk membuat pilihan pengajian yang sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.
Selain itu, KPTM bagi tahun 2019 ini memberi fokus kepada kemasukan bulan Julai di Institusi Pendidikan Tinggi dan memberi kesedaran kepada ibu bapa serta pelajar tentang kepentingan merencana kerjaya masa depan lebih awal.
Cara Hubungi
Bahagian Komunikasi Korporat,
Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-2613 4856/ 42/43/ 51 atau Faks: 03-26927386
Teknikal : 03-26134851
Facebook Karnival Pendidikan MARA
Semoga Jadual (Tarikh dan Lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2019 ini bermanfaat buat semua pelajar dan juga orang awam yang inginkan maklumat tentang kerjaya dan pendidikan.
Tinggalkan Balasan