Jadual Karnival Pendidikan MARA 2019 Tarikh Dan Lokasi

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 07:42 PM

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2019 Tarikh Dan Lokasi
Rate this post

Jadual Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2019. Anda seorang pelajar atau pencari kerja yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan pendidikan dan kerjaya anda pada masa depan? Jom ramai-ramai kunjungi Karnival Pendidikan MARA 2019 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan berlangsung mengikut zon di seluruh Malaysia.

Selain itu, pelajar termasuk pemohon UPU online juga boleh mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2019 Jom Masuk U yang akan diadakan di seluruh Malaysia.

Jadual Karnival Pendidikan MARA

Jadual Karnival Pendidikan MARA Tahun 2019

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jadual (tarikh & lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2019 di seluruh Malaysia. Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan tajaan atau mencari pelbagai peluang pendidikan boleh mengunjungi karnival ini.

Di antara aktiviti menarik yang terdapat di Karnival Pendidikan MARA tahun 2019 adalah seperti berikut :-

  • Ceramah kerjaya
  • Kaunseling kerjaya
  • Pendaftaran online Institusi Pendidikan MARA (IPMa)
  • Cabutan Bertuah
  • Maklumat pendidikan IPTS & IPMa
  • Jualan usahawan
  • Food truck
  • Pendaftaran Alumni MARA
  • Photobooth

Tahun 2019

  • Akan dikemaskini

Tahun 2018

Berikut adalah lokasi dan tarikh Karnival Pendidikan MARA tahun 2018 diadakan.

ZON TENGAH

  • Kuala Lumpur : 31 Mac – 1 April 2018 (Sabtu & Ahad) di Lobi Dewan MARA, Lobi Busana MARA dan Hotel Premiera (Aras 6), Kuala Lumpur

PANTAI TIMUR

  • Terengganu : 21-22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu, Terengganu

ZON SELATAN

  • Johor : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor

ZON UTARA

  • Kedah : 21 -22 Mac 2018 (Rabu & Khamis) di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Kedah

WILAYAH TIMUR

  • Sarawak : 17-18 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak
  • Sabah : 24-25 Mac 2018 (Sabtu & Ahad) di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu, Sabah

Nota: Tarikh dan lokasi adalah tertakluk kepada perubahan. Waktu karnival adalah dari pukul 1000 pagi hingga 600 petang

TAHUN 2017

BILNEGERIHARI/ TARIKHTEMPAT & LOKASI
1Perlis25 – 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad)Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis
2Kuala Lumpur7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu)Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera,
Kuala Lumpur
3Kelantan4 – 5 Mac 2017 (Sabtu dan Ahad) 8 – 9 Mac 2017 (Rabu & Khamis)Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
4Pahang11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Megamall, Kuantan, Pahang
5Melaka11 – 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)KIP Mart, Bachang, Melaka
6Pulau Pinang18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Penang
7Johor18 – 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Plaza Angsana, Johor Bahru
8Sabah25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Suria Sabahm Kota Kinabalu
9Perak25 – 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Aman Jaya Convention Centre, Meru, Ipoh
10Sarawak30 – 31 Mac 2017 (Khamis & Jumaat)The Hills Shopping Mall, Kuching
11Selangor1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad)Anggerik Mall, Shah Alam
12Kedah1 – 2 April 2017 (Sabtu & Ahad)Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar
13Terengganu8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad)Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu
14Negeri Sembilan8 – 9 April 2017 (Sabtu & Ahad)Mydin Mall, Seremban 2

Nota Penting :

Pindaan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2017 di lokasi :-

  • 1) Stadium Sultan Muhammad, Ke IV Kota Bharu, Kelantan pada 4 – 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) dan
  • 2) Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 7 – 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu)

Maklumat Penting Karnival Pendidikan MARA

Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian  tinggi  awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar-pelajar terutamanya   lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk membuat pilihan pengajian yang  sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing.

Selain itu, KPTM bagi tahun 2019 ini memberi fokus kepada kemasukan bulan Julai  di  Institusi  Pendidikan  Tinggi  dan  memberi  kesedaran  kepada  ibu bapa  serta pelajar   tentang  kepentingan  merencana  kerjaya  masa  depan  lebih awal.

Cara Hubungi

Bahagian Komunikasi Korporat,
Tingkat 23, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-2613 4856/ 42/43/ 51 atau Faks: 03-26927386
Teknikal : 03-26134851

Facebook Karnival Pendidikan MARA

Semoga Jadual (Tarikh dan Lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2019 ini bermanfaat buat semua pelajar dan juga orang awam yang inginkan maklumat tentang kerjaya dan pendidikan.