Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Waktu Peperiksaan PAV 2020 Pendidikan Asas Vokasional

Jadual Peperiksaan PAV 2020 Tingkatan 3. Panduan untuk pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PAV tahun 2020. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) akan mengeluarkan Jadual Waktu Peperiksaan Ujian Bertulis Pendidikan Asas Vokasional (PAV) untuk tahun 2020 di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan.

Tarikh peperiksaan PAV adalah dijangka diadakan sekitar awal Oktober 2020. Tarikh peperiksaan utama lain seperti UPSR, PT3 dan SPM boleh dirujuk di Takwim Pentaksiran Dan Peperiksaan.

jadual pav

Apa Itu Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

Hasrat PAV ialah mengekalkan murid di dalam sistem persekolahan di negara ini melalui pendidikan bercorak vokasional. KPM percaya bahawa semua murid mempunyai potensi yang perlu digilap dan setiap dari mereka mesti diberi peluang menunjukkan kebolehan masing-masing. Tahap keyakinan diri murid PAV juga perlu ditingkatkan dengan memberi mereka lebih banyak peluang bertutur serta berkomunikasi dan mengembangkan bakat yang mereka miliki

Murid yang berpotensi memilih bidang kemahiran sebagai pilihan pendidikan dan kerjaya diberi keutamaan dalam pengambilan untuk mengikuti PAV. PAV akan diajar di peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan 1 hingga 3. Murid PAV akan mendapat pelaporan deskriptif Pendidikan Asas Vokasional yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan KPM, berserta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam tempoh 3 tahun tersebut.

Murid yang tamat PAV ini diharapkan mendapat sekurang-kurangnya SKM Tahap 1. Murid yang tidak berjaya memperolehi SKM, mereka akan diberikan persijilan modular Penyata Pencapaian (PC) oleh JPK. SKM merupakan persijilan kemahiran tunggal dikeluarkan oleh KSM yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia. Kurikulum SKM dibangunkan  berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skill Standard – NOSS) yang ditabdir agensi KSM.

Laluan Pembelajaran Murid PAV

Selepas menamatkan PAV di Tingkatan 3, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) ke peringkat SKM Tahap 3 dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB) dan lain-lain institut secara perantisan dibawah tanggungjawab KPM.

Murid lepasan PAV di akhir Tingkatan 3 juga berpeluang ke program secara perantisan di Kolej Vokasional (KV). Berbekalkan pelaporan deskriptif Pendidikan Asas Vokasional dan SKM, murid boleh meneruskan kerjaya di sektor awam dan swasta. Murid PAV yang bertukar ke sekolah lain yang tidak menawarkan PAV boleh meneruskan pengajian aliran arus perdana.

Jadual Waktu Peperiksaan PAV 2020 Tingkatan 3

Berikut dikongsikan jadual lengkap peperiksaan PAV 2020 yang memaparkan tarikh peperiksaan/ masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.

  • Tarikh peperiksaan : Akan dikemaskini

Jadual Lengkap Tarikh Peperiksaan Pendidikan Asas Vokasional

Akan dikemaskini

  • Pelajar boleh memuat turun atau download Jadual Lengkap PAV 2020 di LPM (Akan dikemaskini)

Semoga perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan PAV 2020 Pendidikan Asas Vokasional ini bermanfaat buat semua. Kepada pelajar yang terlibat, jom mulakan ulangkaji pelajaran dari sekarang untuk mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.