Jadual Perjalanan ETS Dan Harga Tiket Terkini

Panduan terkini dikemaskini pada 15 Oktober 2019 jam 10:20 PM

Jadual Perjalanan ETS Dan Harga Tiket Terkini. Mengapa ramai naik ETS sekarang? Salah satunya adalah untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk ke kawasan Utara dan Selatan terutama di musim cuti umum dan perayaan.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) kereta api elektrik ini telah menggantikan kereta api lama yang digerakkan oleh diesel untuk perjalanan yang selesa, cepat dan tepat dengan kelajuan 140km/j.

jadual harga ets

Apa Itu ETS?

ETS yang bermaksud Electric Train Service adalah perkhidmatan kereta api antara bandar yang dikendalikan oleh pengendali keretapi Malaysia iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad. Ia adalah perkhidmatan kereta api paling laju di Malaysia yang kini beroperasi di sepanjang laluan Pantai Barat antara Gemas dan Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand.  Kereta api ETS bergerak sehingga 140 km / j (87 mph) pada jalur laluan kereta api berelektrik. Oleh itu, ETS boleh dikategorikan sebagai perkhidmatan kereta api laju.

Jadual Perjalanan ETS Dan Harga Tiket KL Sentral – Padang Besar & Gemas

Berikut adalah jadual perjalanan ETS terkini untuk laluan arah utara dan selatan.

* Klik untuk Jadual Perjalanan ETS Terkini di pautan berikut :-

Jadual Harga Terkini Tiket Tren ETS KTMB 

Harga tiket ETS (termasuk tren biasa KTMB Intercity) serta pembelian tiket secara atas talian/ online boleh dibuat di laman web KTMB di pautan URL berikut:

Langkah Cara Semak Harga Tiket

Untuk membuat semakan harga tiket dan pembelian, ikuti langkah-langkah berikut :-

  • Pilih samada one way atau return trip
  • Kemudian pilih stesen permulaan perjalanan, contoh SENTRAL KUALA LUMUR, diikuti dengan destinasi yang dituju.  Contph IPOH.
  • Seterusnya isikan tarikh berlepas, masa berlepas, bilangan penumpang dewasa dan bilangan penumpang kanak-kanak serta STD CLASS @ BUSINESS CLASS
  • Kemudian tekan butang “Search Now”
  • Hasil carian akan memaparkan senarai nombor tren yang available, tempoh masa perjalanan, waktu berlepas dan tiba beserta harga tiket untuk perjalanan tersebut.

Cara Pembelian Tiket Secara Online

Untuk membuat tempahan tiket, pilih tren dan tekan butang “PROCEED”. Anda perlu login untuk meneruskan langkah-langkah seterusnya (mengisi maklumat penumpang, memilih tempat duduk dan membuat pembayaran).

Selamat melakukan perjalanan bersama ETS KTMB. Semoga anda berpuashati dengan servis yang diberikan dan juga harga yang dikenakan.