Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2023

Jadual Peperiksaan Bertulis STAM 2023. Tarikh peperiksaan STAM? Anda bakal menduduki peperiksaan STAM 2023? Berikut adalah Jadual Waktu Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 yang akan diadakan pada tarikh yang akan dikemaskini

Untuk jadual penuh peperiksaan awam yang lain seperti SPM, SPMU, PAV dan STPM sila rujuk/ download di Takwim Peperiksaan Awam 2023.

jadual stam

Jadual STAM 2023 Tarikh Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Buat pelajar STAM semua, berikut adalah jadual waktu peperiksaan bertulis STAM 2023 yang mengandungi maklumat penting seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.

Juga dikongsikan maklumat tarikh peperiksaan untuk Ujian Lisan dan kerja kursus.

  • Tarikh peperiksaan STAM 2023 : 2 hingga 11 Januari 2023
  • Kerja Kursus : 1 Mei hingga 31 Ogos 2023
  • Ujian Lisan : akan dikemaskini

Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2023 Ujian Bertulis

Berikut adalah jadual lengkap peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang memaparkan tarikh peperiksaan, hari, waktu, kod kertas dan masa.

jadual stam 2023 peperiksaan bertulis 1jadual stam 2023 peperiksaan bertulis 2

Mata pelajaran/ kertas peperiksaan yang terlibat adalah seperti berikut :-

  • Fiqh Kertas 1
  • Fiqh Kertas 2
  • Insya’ dan Mutala’ah
  • Tauhid dan Mantiq Kertas 2
  • Tauhid dan Mantiq Kertas 1
  • Balaghah
  • Tafsir dan Ulumuhu Kertas 2
  • Tafsir dan Ulumuhu Kertas 1
  • Hadith dan Mustolah
  • ‘Arudh dan Qafiyah Kertas 2
  • ‘Arudh dan Qafiyah Kertas 1
  • Adab dan Nusus
  • Nahu dan Sarf Kertas 2
  • Nahu dan Sarf Kertas 1
  • Hifz Al-Quran dan Tajwid

Untuk kertas S102/11 Fiqh Kertas 1 dan S102/21 Fiqh Kertas 2, calon-calon adalah dibenarkan untuk menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh  diprogram.

* Sila download jadual lengkap peperiksaan beserta arahan dan panduan kepada calon di Draf STAM Exam Timetable 2023

Semoga berjaya kepada calon yang mengambil peperiksaan STAM 2023 nanti. Keputusan yang cemerlang membolehkan calon untuk memohon kemasukan ke IPTA melalui permohonan UPUonline.