Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP (EPF)

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 10:36 PM

Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP (EPF). Berikut dikongsikan jenis-jenis pengeluaran EPF untuk panduan buat pencarum. Pengeluaran penuh simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara idealnya perlu diseragamkan dengan umur persaraan minimum kerana simpanan berkenaan adalah untuk persaraan.

epfkeluar
Susulan laporan media yang melaporkan KWSP bercadang untuk melanjutkan sehingga umur 60 tahun bagi membolehkan pencarumnya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan, bukan lagi pada usia 55 tahun seperti sekarang ini, KWSP telah membuat kenyataan  terkini di bawah ini.

“Oleh itu, pengeluaran umur 55 tahun kekal tidak berubah buat masa ini,” kenyataan KWSP pada 17 November 2014.

Bagaimanapun, KWSP berkata ia masih mengkaji perkara berkenaan dari pelbagai aspek secara terperinci termasuk mendapatkan maklum balas daripada ahli dan pihak berkepentingan yang lain.
Selain pengeluaran umur 55 tahun terdapat juga jenis pengeluaran KWSP (EPS) yang perlu pencarum tahu iaitu :-

Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP (EPF)

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
  • Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Hilang Upaya
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
  • Pengeluaran Pendidikan
  • Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
  • Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli
  • Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
  • Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
  • Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
  • Pengeluaran Kematian
  • Pengeluaran Perumahan Fleksibel
  • Pengeluaran Kesihatan
  • Pengeluaran Haji

Informasi lanjut mengenai pengeluaran KWSP (EPF) boleh  layari https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals