Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2016

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 04:16 PM

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2016. Terdapat perubahan dalam sistem gred baru pemarkahan peperiksaan dan ujian persekolahan terkini tahun 2016 seperti makluman dari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Julat markah yang dinyatakan di bawah ini akan menentukan samada pelajar berjaya dengan cemerlang atau tidak, dapat A, B, C dan sebagainya.

Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 

Perubahan dalam julat gred ini melibatkan tiga peringkat pembelajaran iaitu :-

  • Julat Gred Sekolah Rendah (SR) 2016
  • Julat Gred Menengah Rendah (MR) 2016
  • Julat Gred Menengah Atas (MA) 2016

1) Julat Gred Markah Sekolah Rendah (SR) 2016

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Sekolah Rendah 2016 seperti berikut :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 80 – 100 : A : Cemerlang
  • 65 – 79 : B : Baik
  • 50 – 64 : C : Memuaskan
  • 40 – 49 : D : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : E : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir
greamarkah2016rendah 1

Sebagai panduan, berikut juga dikongsikan untuk gred markah untuk tahun sebelumnya iatu tahun 2015 :-
Gred Terdapat 2 sistem yang digunakan di Sekolah Rendah tahun 2015 iaitu
– Pelajar Darjah 6 yang masih menggunakan sistem pembelajaran lama iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) akan menggunapakai julat gred yang lama.
– Manakala pelajar tahap dua (darjah 4 & 5) yang menggunakan sistem pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan menggunakan julat gred yang baru.

gredsr

 

2) Julat Gred Markah Menengah Rendah (MR) 2016

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Rendah 2016 seperti berikut :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 85 – 100 : A : Cemerlang
  • 70 – 84 : B : Kepujian
  • 60 – 69 : C : Baik
  • 50 – 59 : D : Memuaskan
  • 40 – 49 : E : Mencapai Tahap Minimum
  • 0 – 39 : F : Belum Mencapai Tahap Minimum
  • TH : TH : Tidak Hadir
greamarkah2016menrendah 1

Tahun 2015 :-
Gred pencapaian MR 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 1, 2 & 3 tahun 2015. Jika semua subjek mendapat E masih dikira menguasai. Tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F, maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).

gredmr2015

 

3) Julat Gred Markah Menengah Atas (MA) 2016

Berikut adalah Julat Markah, gred untuk Menengah Atas 2016 seperti berikut :-

Julat Markah/ Gred / Catatan

  • 90 – 100 : A + : Cemerlang Tertinggi
  • 80 – 89 : A : Cemerlang Tinggi
  • 70 – 79 : A – : Cemerlang
  • 65 – 69 : B + : Kepujian Tertinggi
  • 60 – 64 : B : Kepujian Tinggi
  • 55 – 59 : C + : Kepujian Atas
  • 50 – 54 : C : Kepujian
  • 45 – 49 : D : Lulus Atas
  • 40 – 44 : E : Lulus
  • 0 – 39 : G : Gagal
  • TH : TH : Tidak Hadir
greamarkah2016menatas 1

Tahun 2015 : Gred
pencapaian MA 2015 ini melibatkan pelajar di Tingkatan 4 & 5
tahun 2015.

gredma2015

Semoga Julat Gred Markah Baru Peperiksaan Dan Ujian 2016 ini boleh dijadikan panduan dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran pelajar dalam menghadapi peperiksaan awam 2016 nanti.
Sumber SAPS