Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam Terkini 2016

Panduan terkini dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 07:09 PM

Jumlah Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam 2016 Terbaru. Anda mungkin ingin tahu berapakah jumlah cuti tahunan kakitangan kerajaan? Berikut dikongsikan Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam Terkini 2016 beserta jadual cuti yang dipetik dan didownload dari Pekeliling Baru Kadar Cuti JPA. Jumlah cuti ini sangat penting buat para penjawat dalam merancang aktiviti percutian dengan merujuk juga Kalendar Cuti Umum dan Sekolah 2016 sebagai panduan.

  • Kenaikan gaji tahunan kakitangan awam bermula 1 Julai 2016 boleh dirujuk di Rasionalisasi Perkhidmatan Awam 2016
jumlahcuti

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi menambah baik kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Cuti Rehat bermaksud
cuti  bergaji  penuh  yang  diberi  kerana  perkhidmatan  yang
melayakkan  dalam  sesuatu  tahun,  dari  bulan  Januari  hingga
Disember  di  bawah Perintah Am 1 (ii) Bab C (Cuti) Tahun 1974

Untuk makluman, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan secara prinsipnya ditentukan berdasarkan tarikh lantikan. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.

cutitahunan1

 

DOWNLOAD PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2015
KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI REHAT TAHUNAN  BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN 

Semoga Kadar Baru Cuti Rehat Tahunan Kakitangan Awam Terkini 2016 ini mampu meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan awam seluruhnya. Jadual ini juga berguna dalam merancang percutian atau aktiviti keluarga dengan membandingkan dengan Jadual Gaji 2016. Moga ianya bermanfaat.

pm468X60