Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016

Panduan terkini dikemaskini pada 16 Oktober 2018 jam 12:24 AM

Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016
Rate this post

Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016. Berapakah kadar tarif elektrik TNB terkini? Kenaikan bil elektrik TNB atau bil tinggi ketika cuaca panas Fenomena El-Nino melanda Malaysia sekarang kini menjadi viral di laman sosial yang menyebabkan ramai pengguna mengeluh. Daripada status yang terdapat dalam Facebook TNB Careline, beberapa pengguna telah meluahkan ketidakpuashatian mereka dan meminta pihak TNB untuk memberikan penjelasan punca kenaikan bil elektrik mereka.

tnbtarif

Pihak TNB careline telah menasihatkan orang ramai untuk memberikan no akaun TNB untuk semakan.

Berkenaan bil tinggi, mohon pm kepada pihak kami nombor akaun untuk semakan pihak kami. Terima kasih.

Jadual Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB 2016 

Berikut dikongsikan kadar tarif elektrik TNB untuk Semenanjung Malaysia bagi kategori A : Kediaman untuk panduan semua. Kadar ini berkuat kuasa bermula 1 Januari 2014.

A. Kategori Kediaman

table.tableizer-table {
font-size: 12px;
border: 1px solid #CCC;
font-family: Verdana, Geneva, sans-serif;
}
.tableizer-table td {
padding: 4px;
margin: 3px;
border: 1px solid #CCC;
}
.tableizer-table th {
background-color: #F60E2E;
color: #FFF;
font-weight: bold;
}

 

KATEGORI TARIFUNITKADAR SEMASA (1 JANUARI 2014)
200 kWh pertama (1 – 200 kWh) sebulansen/kWh21.8
Untuk 100 kWh berikutnya (201 – 300 kWh) sebulansen/kWh33.4
Untuk 300 kWh berikutnya (301 – 600 kWh) sebulansen/kWh51.6
Untuk 300 kWh selanjutnya (601 – 900 kWh) sebulansen/kWh54.6
Untuk kWh berikutnya (901 kWh ke atas) sebulansen/kWh57.1

* Nota : Caj Minimum bulanan adalah RM3.00
Sumber : TNB

Cara Mengira Bil Elektrik Online

Berikut dikongsikan juga cara mengira bil elektrik TNB secara online. Anda boleh menggunakan kalkulator pengiraan ini untuk mengira anggaran penggunaan elektrik anda dalam tempoh 30 hari.

Nota : Sila ambil perhatian bahawa kalkulator bil ini adalah untuk tujuan garis panduan sahaja, dan jumlah bil sebenar anda mungkin berbeza daripada yang dinyatakan dalam kalkulator ini.

Langkah Pengiraan

  1. Layari Laman Web TNB di TNB Residential Billing dan klik BILL CALCULATOR
  2. Isi Kategori : Domestik
  3. Isi Jumlah Penggunaan (kWh) : ? kWh
  4. Tekan Calculate Bill
  5. Jumlah Bil Semasa dan ringkasan pengiraan bil eletrik akan dipaparkan

No Akaun TNB Baru

Terkini Ogos 2016 : TNB telah menggunapakai sistem pembilan baru yang telah dinaiktaraf. Pertukaran Nombor akaun adalah dibuat mengikut keperluan yang menepati kriteria ciri-ciri sistem yang baru, bersepadu dan terkini. Namun, nombor akaun lama pengguna masih boleh digunakan buat masa ini sehingga diberitahu kelak.

noakaunbarutnb

Cara Hubungi TNB

Untuk sebarang masalah sila hubungi TNB di salauran berikut :-

tnbcareline

Adalah menjadi harapan rakyat Malaysia agar Kadar Tarif Elektrik Terkini TNB tidak dinaikkan dengan mengambil kira keadaan ekonomi dan kos kehidupan yang tinggi masa kini.