Kalendar Peperiksaan MUET Tahun 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 12:09 PM

Jadual Dan Kalendar Peperiksaan MUET 2019. Panduan buat pelajar yang ingin tahu Tarikh Pendaftaran dan Ujian peperiksaan MUET tahun 2019. Untuk makluman, Kalendar Peperiksaan MUET 2019 telahpun dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Peperiksaan MUET atau Malaysian English University Test akan mempunyai 3 kali peperiksaan dalam setahun iaitu pada Sesi Mac, Julai dan November.

Calon MUET adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada Kalendar peperiksaan MUET 2019 dalam mendapatkan informasi penting berkaitan tarikh pendaftaran dan ujian bertulis/ speaking setiap sesi.

Bermula tahun 2018, calon yang ingin menduduki peperiksaan MUET boleh juga mendaftar peperiksaan MUET on Demand (MoD). Peperiksaan diadakan di luar kalendar MUET sesi 1, 2 & 3.

Kalendar Peperiksaan MUET 2019 MPM

Untuk rujukan dan panduan calon MUET, berikut dikongsikan Kalendar Peperiksaan MUET 2019 terkini yang telah dikeluarkan secara rasmi di Portal MPM.

Di antara lain kalendar MUET 2019 ini memaparkan informasi berkaitan tarikh pendaftaran di buka dan ditutup, tarikh ujian speaking dan ujian bertulis MUET 2019.

kalendar muet 2019

* Kalendar Peperiksaan MUET 2019 ini adalah tertakluk kepada perubahan jika ada.

TARIKH PENTING PENDAFTARAN DAN UJIAN BERTULISĀ  MUET 2019

Sesi 1 (Mac)

  • TARIKH PENDAFTARAN DI BUKA : 14 NOVEMBER 2018
  • TARIKH PENDAFTARAN DI TUTUP : 9 Januari 2019
  • UJIAN SPEAKING : 5, 6, 7, 11, 12 dan 13 Mac 2019
  • TARIKH UJIAN BERTULIS : 16 Mac 2019

Sesi 2 (Julai)

  • TARIKH PENDAFTARAN DI BUKA : 20 Februari 2019
  • TARIKH PENDAFTARAN DI TUTUP : 10 April 2019
  • UJIAN SPEAKING : 18, 19, 20, 24, 25 dan 26 Jun 2019
  • TARIKH UJIAN BERTULIS : 29 Jun 2019

Sesi 3 (November)

  • TARIKH PENDAFTARAN DI BUKA : 23 Mei 2019
  • TARIKH PENDAFTARAN DI TUTUP : 10 Julai 2019
  • UJIAN SPEAKING ; 10, 11, 12, 17, 18 dan 19 September 2018
  • TARIKH UJIAN BERTULIS : 2 November 2019

Maklumat Lanjut Peperiksaan MUET 2019

Semakan Slip daftar peperiksaan MUET online

Semoga perkongsian Kalendar Peperiksaan MUET 2019 MPM ini bermanfaat buat semua. Ianya diharap berguna buat pelajar dalam merancang persiapan peperiksaan MUET tahun 2019 untuk mendapatkan keputusan MUET yang cemerlang.