Kalendar Islam 2018 Malaysia Dan Tarikh Penting

Panduan terkini dikemaskini pada 13 Oktober 2018 jam 03:26 PM

Kalendar Islam 2018 Malaysia Dan Tarikh Penting
Rate this post

Bilakah tarikh penting Islam pada tahun 2018? Berikut dikongsikan Kalendar Islam 2018 atau Takwim Miladiah beserta dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam untuk tahun 2018 Masehi bersamaan dengan 1439H – 1440 Hijrah.

Sebagai panduan, Takwim Hijrah atau Takwim Islam merupakan takwim yang digunakan di kebanyakan negara umat Islam dalam menentukan hari kebesaran Islam.

masjid putrajaya

Kalendar Islam 2018 Di Malaysia Dan Tarikh Penting

Berikut dikongsikan tarikh penting dalam Islam tahun 2018 di Malaysia yang mengandungi tarikh hari kebesaran Islam dan perayaan di Malaysia seperti Iskrak Mikraj, Awal Ramadhan, Nuzul Al-Quran, Hari Raya Puasa, Awal Zulhijjah, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram dan Maulidur Rasul.

  1. 27 Rejab 1439 (14 April 2018) : Israk dan Mikraj
  2. 1 Ramadan 1439* (17 Mei 2018) : Awal Ramadan / Tarikh Permulaan Puasa
  3. 17 Ramadan 1439 (2 Jun 2018) : Nuzul Al-Quran
  4. 1 Syawal 1439* (15 Jun 2018) : Hari Raya Puasa / Aidilfitri
  5. 1 Zulhijjah 1439 (13 Ogos 2018) : Awal Zulhijjah
  6. 10 Zulhijjah 1439* (22 Ogos 2018) : Hari Raya Korban / Aidiladha
  7. 1 Muharram 1440 (11 September 2018) : Awal Muharram / Maal Hijrah
  8. 12 Rabiulawal 1440 (20 November 2018) : Maulidur Rasul (Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W)

kalendar islam tarikh penting 2018

Takwim Islam 2018 Malaysia

Dikongsikan juga Takwim Islam 2018 yang merupakan sejenis kalendar berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Islam mempunyai kiraan takwim sendiri apabila Saidina Umar al-Khattab menetapkan bermulanya peristiwa hijrah Rasulullah sebagai tahun bermulanya pengiraan takwim Islam. Pengiraan takwim Islam berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan berbeza dengan pengiraan sistem AD dan CE yang melihat kepada kedudukan dan pergerakan matahari.

takwim 2018 miladiah

Perkongsian Kalendar Islam 2018 Malaysia Dan Tarikh Penting di atas ini boleh dimuat turun dalam PDF di link berikut :-

  1. Takwim 2018 Miladiah
  2. Tarikh Penting Islam 2018/ 1439-1440H

Moga Kalendar Islam atau Takwim Islam 2018 ini bermanfaat sebagai panduan dan rujukan muslimin dan muslimat semua di Malaysia.