Kelebihan Tingkatan Enam STPM

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 10:03 PM

Selain diploma, anda juga boleh menyambung pengajian di peringkat STPM yang mempunyai beberapa kelebihan tersendiri.

Kelebihan Meneruskan Pengajian Di Tingkatan Enam (6) STPM

Murid-murid yang telah tamat pengajian menengah atas dan telah
menduduki peperiksaan SPM boleh meneruskan pengajian ke tahap pendidikan
tinggi.

Pengajian Tingkatan 6 mengambil masa dua tahun (Tingkatan 6 Bawah dan
Tingkatan 6 Atas). Pelajar yang layak akan menerima surat tawaran dari
Jabatan Pendidikan Negeri. Terdapat dua jurusan yang ditawarkan di
Tingkatan 6:

  • Kemanusiaan
  • Sains

Pada akhir Tingkatan 6, pelajar akan dinilai melalui peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Berikut antara kelebihan melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam (6) seperti dipetik dari FB Hab Pendidikan:-

1) Tempoh pengajian 2 tahun berbanding 3 tahun untuk diploma
2) Tiada kos pengajian
3) Ada disediakan biasiswa
kelebihanting6stpm4) Boleh pilih sekolah
5) Kebanyakan guru yang berpengalaman kerana sudah lama bertugas
6) Bagus bagi mereka yang belum pasti tentang perancangan masa hadapan
7) Taraf yang sama dengan Diploma
8) Boleh digunakan untuk memohon kerja di luar negara
9) Diiktiraf hampir seluruh universiti di dunia

 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI