Keputusan Bolasepak AFC U16 Asia 2018 Malaysia

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 04:43 PM

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Bolasepak AFC U16 Asia Kuala Lumpur 2018. Mampukah skuad bolasepak bawah 16 tahun Malaysia di bawah kendalian jurulatih Lim Teong Kim mencapai sasaran ke peringkat separuh akhir? Semuanya akan terjawab apabila pasukan bolasepak bawah 16 tahun (B-16) negara akan menentang Tajikistan, Thailand dan Jepun dalam aksi kumpulan A Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-16 di Kuala Lumpur.

Kejohanan akan bermula dari 20 September hingga 7 Oktober 2018 dan Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya dan Arena UM, KL telah dipilih sebagai padang perlawanan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Jika Malaysia berjaya layak ke peringkat separuh akhir, mereka akan layak ke pusingan akhir Bolasepak Piala Dunia U17 tahun 2019 di Peru.

afc u16

Jadual Dan Keputusan Keputusan Bolasepak AFC U16 Asia KL 2018

Skuad Malaysia telah mengesahkan tiket ke pusingan akhir sebagai pasukan tuan rumah. 16 negara yang layak telah diundi dan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu 4 pasukan setiap kumpulan.

Berikut adalah jadual siaran langsung perlawanan melibatkan Malaysia beserta keputusan penuh perlawanan. Senarai pasukan mengikut kumpulan adalah seperti berikut :-

 KEPUTUSAN UNDIAN PASUKAN AFC U16 2018 KL
KUMPULAN AKUMPULAN BKUMPULAN CKUMPULAN D
MalaysiaKorea Utara 
IranIraq
JepunOmanVietnamKorea Selatan
ThailandYamanIndiaAustralia
TajikistanJordanIndonesiaAfghanistan

Senarai Pemain Skuad Bawah 16 Tahun Malaysia

Berikut adalah senarai pemain yang akan membawa cabaran Malaysia pada aksi bolasepak Asia bawah 16 tahun.

skuad bawah 16 tahun malaysia

Jadual Perlawanan Dan Keputusan Melibatkan Skuad U16 Malaysia

Berikut dikongsikan jadual perlawanan peringkat kumpulan Bolasepak Asia Bawah 16 tahun di Kuala Lumpur melibatkan pasukan Malaysia yang berada di Kumpulan A. Turut dikongsikan maklumat tarikh perlawanan pada waktu Malaysia.

jadual afc u16

JADUAL PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN KUMPULAN A
Tarikh/ MasaLiveKeputusan
Perlawanan Malaysia diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil
20 Sept/ 4:30 PMFox Sport 2Malaysia6 – 2Tajikistan
8:45 PMJepun5 – 2Thailand
23 Sept/ 4:30 PMFox Sport 2Thailand4 – 2Malaysia
8:45 PMTajikistan0 – 0Jepun
26 Sept/ 4:30 PM 27 Sept/ 1100 AMFox SportMalaysia0 – 2Jepun
4:30 PM 1100AMThailand1 – 2Tajikistan
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Jepun321072+57
Tajikistan311147-34
Thailand310278-13
Malaysia31028803

Berikut adalah jadual perlawanan dan keputusan pusingan kalah mati – Suku Akhir AFC U16 Malaysia 2018.

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR AFC U16 2018
TarikhMasaKeputusan
Suku Akhir
30 Sept4:30 PMJepun2 – 1Oman
30 Sept8:45 PMKorea Utara1 (2) – 1 (4)Tajikistan
1 Okt4:30 PMIndonesia2 – 3Australia
1 Okt8:45 PMKorea Selatan1 – 0India

Perlawanan separuh akhir melibatkan 4 pasukan terbaik iaitu:-

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR AFC U16 2018
TarikhMasaKeputusan
Separuh Akhir
4 Okt4:30 PMJepun3 – 1Australia
4 Okt8:45 PMTajikistan1 (7) – 1 (6)Korea Selatan

2 pasukan yang berjaya ke perlawanan akhir Bolasepak Bawah 16 Tahun Asia adalah :-

PERLAWANAN FINAL AFC U16 2018
TarikhMasaPasukanKeputusanPasukan
7 Oct8:45 PMJepun1 – 0Tajikistan

Selamat beraksi buat anak buah Lim Teong Kim pada kejohanan bolasepak Bawah 16-tahun Asia tahun 2018. Moga skuad negara mampu mempamerkan aksi terbaik dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya kerana mutu bolasepak B16 Asia adalah hampir setanding sesama pasukan.