Keputusan Bola Sepak Sukan Asia 2018 Malaysia Jadual Carta

Panduan terkini dikemaskini pada 11 Oktober 2018 jam 06:33 PM

Skuad bolasepak bawah 23 tahun Malaysia di bawah bimbingan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee telah diundi dalam Kumpulan E bersama juara bertahan, Korea Selatan. Misi layak ke pusingan kalah mati nampak sukar namun Malaysia berpeluang untuk menewaskan 2 lagi pasukan di kumpulan sama iaitu Bahrain dan Kyrgyzstan.

Aksi bola sepak Sukan Asia 2018 di Jakarta Palembang akan berlangsung dari 14 Ogos sehingga 1 September 2018. Sebanyak 24 pasukan telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dari A hingga F iaitu 4 pasukan satu kumpulan.

Untuk rekod, pencapaian terbaik skuad bolasepak Malaysia di temasya Sukan Asia adalah pingat gangsa di Sukan Asia 1962 Jakarta dan edisi tahun 1974 di Tehran, Iran.

Bolasepak sukan asia

Bola Sepak Sukan Asia 2018 Jakarta Palembang

Berikut adalah senarai pemain yang mewakili skuad bawah 23 tahun Malaysia pada aksi Sukan Asia 2018.

Penjaga Gol

  • Haziq Nadzli
  • Ifwat Akmal

Pertahanan

  • Dominic Tan
  • Adam Nor Azlin
  • Irfan Zakaria
  • Rizal Ghazali
  • Adib Zainudin
  • Syazwan Andik
  • Tommy Mawat Bada
  • Syazwan Zaipol Bahari

Tengah

  • Baddrol Bakhtiar
  • Syahmi Safari
  • Faisal Abdul Halim
  • Daniel Amier Norhisham
  • Nik Akif Syahiran

Serangan

  • Safawi Rasid
  • Syafiq Ahmad
  • Akhyar Rashid
  • R. Kogileswaran
  • Hadi Fayyadh

Berikut adalah senarai pasukan yang mengambil bahagian pada acara bola sepak Sukan Asia 2018 mengikut kumpulan.

kumpulan bolasepak sukan asia

Berikut adalah tarikh penting acara bola sepak Sukan Asia 2018 :-

  • Perlawanan Peringkat Kumpulan : Bermula 14 Ogos 2018
  • Round of 16 : 23 dan 24 Ogos 2018
  • Suku Akhir : 27 Ogos 2018
  • Separuh Akhir : 29 Ogos 2018
  • Final : 1 September 2018

Berikut adalah jadual perlawanan, keputusan dan carta kedudukan pasukan Malaysia di Sukan Asia 2018 :-

Nota : Kedudukan Malaysia sebagai juara kumpulan ditentukan berdasarkan head to head result di mana Malaysia telah berjaya menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan kedua sebelum ini.

 KUMPULAN E BOLASEPAK SUKAN ASIA 2018
TarikhMasaTeam 1KeputusanTeam 2
15 Ogos5:00PMMalaysia3 – 1Kyrgyzstan
17 Ogos8:00PMMalaysia2 – 1Korea Selatan
20 Ogos8:00PMMalaysia 2 – 3 Bahrain
PasukanBPMSKJGGBPGMt
1. Malaysia320175+26
2. Korea Selatan320182+66
3. Bahrain3111510-54
4. Kyrgyzstan301236-31
KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT KALAH MATI
PUSINGAN 16
SUKU AKHIR
SEPARUH AKHIR
FINAL JUARA
23 Ogos
.Palestin0
26 Ogos
.Syria1
.Syria0
23 Ogos
.Vietnam (AET)1
.Vietnam1
29 Ogos
.Bahrain0
.Vietnam1
23 Ogos
.Korea Selatan3
.Uzbekistan3
26 Ogos
.Hong Kong0
.Uzbekistan3
23 Ogos
.Korea Selatan (AET)4
.Iran0
1 September
.Korea Selatan2
.Korea Selatan2
24 Ogos
.Jepun1
.China3
27 Ogos
.Arab Saudi4
.Arab Saudi1
24 Ogos
.Jepun2
.Malaysia0
29 Ogos
.Jepun1
.Jepun1
24 Ogos
.UAE0
TEMPAT KE-3
.Indonesia2 (3)
27 Ogos1 September
.UAE2 (4)
.UAE1 (5).Vietnam1 (3)
24 Ogos
.Korea Utara1 (3).UAE1 (4)
.Bangladesh1
.Korea Utara3
PEMENANG PINGAT BOLA SEPAK SUKAN ASIA 2018
Kedudukan PingatPasukan
EmasKorea Selatan
PerakJepun
GangsaUAE