Keputusan Bolasepak AFC U19 Asia 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 4 November 2018 jam 08:37 PM

Keputusan Bolasepak AFC U19 Asia 2018
Rate this post

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Bolasepak AFC U19 Asia Di Indonesia 2018. Mampukah skuad bolasepak bawah 19 tahun Malaysia di bawah kendalian jurulatih Bojan Hodak beraksi cemerlang pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia? Semuanya akan terjawab apabila pasukan bolasepak bawah 19 tahun (U-19) negara akan menentang Arab Saudi, Tajikistan dan China dalam aksi kumpulan D 2018 AFC U19 Championship.

Kejohanan yang memasuki edisi ke 40 akan bermula dari 18 Oktober sehingga 4 November 2018 dan Stadium Gelora Bung Karno, Stadium Pakansari dan Patriot Candrabhaga telah dipilih sebagai padang perlawanan sepanjang kejohanan ini berlangsung.

keputusan afc u19

Kejohanan Bolasepak AFC Bawah 19 Tahun 2018 Di Indonesia

Sebanyak 16 pasukan akan bertanding dalan kejohanan peringkat Asia ini dengan 4 pasukan terbaik akan mewakili Asia di Kejohanan Piala Dunia FIFA Bawah 19 tahun di Poland pada tahun 2019.

Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan Kejohanan Bolasepak Asia Bawah 19 tahun di Indonesia :-

 KEPUTUSAN UNDIAN PASUKAN AFC U-19 2018
KUMPULAN AKUMPULAN BKUMPULAN CKUMPULAN D
IndonesiaJepun
VietnamArab Saudi
UAEIraqKorea SelatanTajikistan
QatarThailandAustraliaChina
Chinese TaipeiKorea UtaraJordanMalaysia

Keputusan Bolasepak AFC U19 Asia 2018 Indonesia

Skuad bola sepak B-19 kebangsaan kendalian Bojan Hodak bakal membuka kempen Kejuaraan B-19 AFC 2018 bertemu Arab Saudi pada 20 Oktober 2018 (5.00 petang waktu Malaysia), diikuti aksi menentang Tajikistan pada 23 Oktober (8.00 malam waktu Malaysia). Kedua-dua perlawanan ini bakal dilangsungkan di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi.

Perlawanan terakhir Kumpulan D pula yang bakal menemukan Malaysia menentang China pada 26 Oktober dijadualkan bermain di Stadium Pakansari, Bogor (8.00 malam waktu Malaysia).

Jika skuad kebangsaan berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan D, mereka akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan C (Australia, Korea Selatan, Vietnam dan Jordan) pada aksi suku akhir, 29 Oktober.

afc b19

JADUAL PERLAWANAN DAN KEPUTUSAN KUMPULAN D
Tarikh/ MasaLiveKeputusan
Perlawanan Malaysia diadakan di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi & Stadium Pakansari, Bogor
20 Okt/ 5:00 PMMalaysia1 – 2Arab Saudi
8:00 PMTajikistan1 – 0China
23 Okt/ 5:00 PMChina0 – 1Arab Saudi
8:00 PMMalaysia2 – 2Tajikistan
26 Okt/ 8:00 PMArab Saudi3 – 1Tajikistan
8:00 PMChina2 – 0Malaysia
PasukanBPMSKJGGBPGMt
Arab Saudi330062+49
Tajikistan311145-14
China31022203
Malaysia301236-30

Berikut adalah jadual perlawanan dan keputusan pusingan kalah mati – Suku Akhir AFC U19 Indonesia 2018.

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR AFC U19 2018
TarikhMasaKeputusan
Suku Akhir
28 Okt5:00 PMQatar7 – 3 (AET)Thailand
28 Okt8:30 PMJepun2 – 0Indonesia
29 Okt5:00 PMKorea Selatan1 – 0Tajikistan
29 Okt8:30 PMArab Saudi3 – 1Australia

Perlawanan separuh akhir melibatkan 4 pasukan terbaik iaitu:-

JADUAL PERLAWANAN SEPARUH AKHIR AFC U19 2018
TarikhMasaKeputusan
Separuh Akhir
1 Nov5:00 PMQatar1 – 3Korea Selatan
1 Nov8:30 PMJepun0 – 2Arab Saudi

2 pasukan yang berjaya ke perlawanan akhir Bolasepak Bawah 19 Tahun Asia adalah :-

PERLAWANAN FINAL AFC U16 2018
TarikhMasaPasukanKeputusanPasukan
4 Nov8:30 PMKorea SelatanArab Saudi

Selamat beraksi buat anak buah Bojan Hodak pada kejohanan bolasepak Bawah 19-tahun Asia tahun 2018. Moga skuad negara mampu mempamerkan aksi terbaik dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya.