Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019

Panduan terkini dikemaskini pada 11 Februari 2019 jam 01:00 PM

Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019
3 (60%) 2 votes

Jadual Perlawanan Dan Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019. Kejohanan Hoki berprestij rantau Asia dan dunia, Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 kini kembali. Sultan Azlan Shah Cup akan berlangsung dari 23 hingga 30 Mac 2019 di Ipoh, Perak untuk edisi ke-28. Sebanyak enam pasukan akan menyertai kejohanan yang diadakan di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Juara bertahan adalah pasukan Australia yang menewaskan England dalam final tahun 2018. Untuk rekod, pasukan negara tidak pernah menjuarai kejohanan dan kedudukan terbaik adalah muncul naib juara sebanyak lima kali pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

hoki piala sultan azlan shah

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019

Berikut adalah maklumat penting tentang pasukan yang bertanding, tarikh dan lokasi kejohanan serta jadual dan keputusan penuh/ terkini perlawanan. Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

  • Tarikh : 23 Mac hingga 30 Mac 2019
  • Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh
  • Pasukan : Malaysia, India, Kanada, Korea Selatan, Jepun dan Afrika Selatan
  • Siaran Langsung di Kaca TV : Astro Arena Saluran 801/ 802HD

Untuk edisi ke 28 tahun 2019, pasukan hoki Malaysia di bawah bimbingan jurulatih, Roelant Oltmans adalah berpeluang untuk merangkul kejuaraan buat pertama kali semenjak kejohanan diadakan pada tahun 1988 kerana beberapa pasukan elit seperti Australia, Britain, Belgium serta New Zealand tidak dapat beraksi berikutan terbabit dalam Pro Liga (Liga Profesional) edisi pertama dilancarkan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bermula Januari hingga Jun 2019.

Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah tahun ini juga merupakan aksi pemanas badan dalam persiapan skuad negara untuk Kejohanan Siri Hoki Akhir 2019 (FIH Hockey Series Finals) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 26 April hingga 4 Mei 2019. Untuk makluman, juara dan naib juara Kejohanan Siri Hoki ini akan melayakkan pasukan mereka ke Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020 Jepun.

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 (Pasukan Malaysia)

Berikut adalah jadual dan keputusan terkini/ penuh perlawanan yang dijalankan secara ‘Round Robin’. 2 pasukan teratas kumpulan akan layak beraksi di perlawanan akhir :-

JADUAL DAN KEPUTUSAN  MALAYSIA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2019
TarikhMasaPasukanKeputusanPasukan
Malaysia – 
Malaysia –
Malaysia  – 
Malaysia  – 
Malaysia  – 
CARTA KEDUDUKAN PASUKAN HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2019
PasukanBPMSKJGGBPGMt
India00000000
Malaysia00000000
Kanada00000000
Korea Selatan00000000
Jepun00000000
Afrika Selatan00000000
JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN KLASIFIKASI
TarikhMasaPasukanKeputusanPasukan
Tempat ke-5 dan ke-6
03.30PM – 
Tempat ke-3 dan ke-4
06.00PM – 
Juara dan nain juara
08.30PM – 
KEDUDUKAN AKHIR HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2019
KedudukanPasukan
1. Juara
2. Naib Juara
3. Ketiga
4. Keempat
5. Kelima
6. Keenam

Selamat berjuang buat semua pemain skuad hoki Malaysia dalam memperbaiki kedudukan tahun lepas. Tahniah kepada pasukan yang menjuarai Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019 edisi ke 28 kali ini.