Keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 29 Oktober 2018 jam 11:07 PM

Keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2018
Rate this post

Jadual Dan Keputusan Perlawanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Tahun 2018. Kejohanan hoki peringkat Asia dikenali sebagai Asian Champions Trophy akan diadakan di Oman dari 18 hingga 28 Oktober 2018. Enam pasukan yang bertanding selain tuan rumah, Oman adalah juara bertahan, India, Malaysia, Korea Selatan, Jepun dan Pakistan. Perlawanan akan disiarkan secara langsung (Live) di saluran Astro Arena 801/ 802HD.

Kejohanan hoki Trofi Juara-Juara Asia 2018 tajaan Hero MotoCorp diadakan di Sultan Qaboos Sports Complex, Muscat dan merupakan kejohanan hoki peringkat benua yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF). Acara tahunan yang mula dianjurkan pada tahun 2011 adalah merupakan edisi ke 5 kejohanan dilangsungkan. Pasukan Malaysia adalah di bawah kendalian Ketua Jurulatih baharu, Roelant Oltmans.

Keputusan Hoki Trofi Juara Juara Asia 2018

Jadual Dan Keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2018 (Asian Champions Trophey Oman)

Berikut dikongsikan jadual perlawanan dan keputusan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2018. Perlawanan akan dilangsungkan secara round-robin dengan 4 pasukan terbaik di peringkat kumpulan akan layak ke perlawanan separuh akhir (semi final).

Kejohanan ini bakal menyaksikan persaingan sengit pasukan-pasukan terhebat Asia dan merupakan kejohanan terbesar Asia sebelum berlangsungnya Kejohanan Hoki Piala Dunia di Bhubaneswar, India dari 28 November hingga 16 Disember 2018 yang menyaksikan India, Malaysia, Pakistan dan China menjadi wakil Asia.

Senarai pasukan yang mengambil bahagian pada Kejohanan Asian Champions Trophy 2018 adalah seperti berikut :-

 SENARAI PASUKAN ASIAN CHAMPIONS TROPHY 2018 OMAN
Malaysia (Ranking 12)Korea Selatan (Ranking 14)
Pakistan (Ranking 13)
India (Ranking 6)Jepun (Ranking 16)Oman (Ranking 32)

Jadual Perlawanan Waktu Malaysia Dan Keputusan Penuh

Berikut adalah jadual dan keputusan penuh perlawanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2018 (Waktu Malaysia):-

JADUAL DAN KEPUTUSAN HOKI  TROFI JUARA-JUARA ASIA 2018
TarikhMasaKeputusan
Perlawanan Malaysia diadakan di Komplek Sukan Sultan Qaboos
DAY 1
18 Okt10:55 PMJepun0 – 3Malaysia
19 Okt1:10 AMIndia11 – 0Oman
DAY 2
19 Okt10:55 PMPakistan3 – 1Korea Selatan
20 Okt1:10 AMOman1 – 3Malaysia
DAY 3
20 Okt10:55 PMJepun2 – 0Korea Selatan
21 Okt1:10 AMIndia3 – 1Pakistan
DAY 4
22 Okt1:10 AMIndia9 – 0Jepun
DAY 5
22 Okt10:55 PMMalaysia4 – 2Korea Selatan
23 Okt1:10 AMOman1 – 8Pakistan
DAY 6
23 Okt10:55 PMOman2 – 4Korea Selatan
24 Okt1:10 AMMalaysia0 – 0India
DAY 7
24 Okt10:55 PMJepun1 – 1Pakistan
25 Okt1:10 AMIndia4 – 1Korea Selatan
DAY 8
25 Okt10:55 PMMalaysiao – 1Pakistan
26 Okt1:10 AMOman0 – 5Jepun

Carta kedudukan pasukan selepas tamat setiap perlawanan adalah seperti berikut :-

PasukanBPMSKJGGBPGMt
India5410272+2513
Pakistan5311146+810
Malaysia5311104+610
Jepun5212813-57
Korea Selatan5104815-73
Oman5005431-270

Berikut adalah jadual dan keputusan perlawanan klasifikasi iaitu tempat 5/6, tempat 3/4 dan aksi final perlawanan akhir Hoki Asian Champions Trophy 2018 :-

JADUAL DAN KEPUTUSAN PERLAWANAN KLASIFIKASI SEPARUH AKHIR, NO 3/4 & FINAL
TarikhMasaKeputusan
SEPARUH AKHIR
27 Okt10:55 PMPakistan4 (3) – 4 (1)Malaysia
28 Okt1:10 AMIndia3 – 2Jepun
TEMPAT KE 3/ 4
28 Okt10:55 PMMalaysia2 (3) – 2 (2)
FINAL
29 Okt1:10 AMPakistan0 – 0
 KEDUDUKAN AKHIR PASUKAN
NOPASUKAN
1India/ Pakistan
2
3Malaysia
4Jepun
5Korea Selatan
6Oman

Semoga skuad Hoki Malaysia dapat mempamerkan aksi terbaik sekaligus menjuarai kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia 2018 buat kali pertama di bawah kendalian jurulatih baharu.