Panduan terkini dikemaskini pada

Keputusan Juara Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir

Keputusan Pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir. Final Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 akan sampai ke penghujungnya pada minggu kesebelas, Jumaat 10 Januari 2020 di Royal Teater Shah Alam.

Senarai 5 finalis iaitu Kumpulan Bocey, Zero, Rare, Puteh dan J-born akan beraksi untuk merebut mahkota juara di pentas akhir MLM 2019. Siapakah yang bakal menjadi pemenang Final MLM 2019 kali ini? Untuk info, Jozan memenanginya buat kali pertama dan kemudiannya Kumpulan Sepahtu pada tahun 2013 dan Kumpulan Zero pada tahun 2014. Kumpulan Bocey menang dua tahun berturut-turut pada tahun 2016 dan 2017  dan Kumpulan Shiro pada tahun 2018.

maharaja lawak mega

Maharaja Lawak Mega 2019 kali ini menyaksikan penyertaan 12 peserta iaitu 10 kumpulan dan 2 peserta solo tanpa pelawak popular seperti Sepahtu, Jozan dan Nabil. Jangkaan juara MLM kali ini adalah Kumpulan Bocey, Zero dan J-born.

Keputusan Pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2019 Final Minggu 11

Berikut adalah keputusan pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM) Akhir yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Program MLM 2019 telah bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) serta Astro on-the-go (Warna).

Hadiah Dan Senarai Pemenang

  1. Juara : wang tunai RM500,000 beserta trofi : Puteh
  2. Naib juara (Kedua) : RM250,000 & Trofi – Zero
  3. Ketiga : RM150,000 & Trofi – Bocey
  4. Keempat : RM50,000 & Trofi – J-Born
  5. Kelima : RM15,000 & Trofi – Rare
  6. Man Of The Match :  Puteh

Tahniah kepada juara dan para pemenang Maharaja Lawak Mega 2019 Akhir. Moga anda terhibur dengan aksi lucu dan menarik para peserta pada final ini.