Keputusan Pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 14 Oktober 2018 jam 03:40 PM

Keputusan Pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2018
Rate this post

Program realiti keagamaan popular TV3, ‘Da’i Pendakwah Nusantara’ 2018 musim keenam akan dilangsungkan selama 11 minggu bermula dari 20 Julai 2018. Siapalah bakal menjadi Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2018? Semuanya akan terjawab pada bulan September nanti.

Da’i adalah platform yang disediakan untuk menggilap bakat golongan muda yang berminat untuk berdakwah. Untuk makluman, Da’i Hakim dan Da’i Niezal adalah pemenang Da’i Pendakwah Nusantara tahun 2017 dan 2016 iaitu musim keempat dan kelima.

dai pendakwah nusantara

Keputusan Da’i Pendakwah Nusantara 2018 (Musim 6)

Pada peringkat awal, 10 pendakwah muda telah terpilih untuk berentap dalam merebut hadiah wang kemenangan untuk juara berjumlah RM60,000. Di peringkat akhir, hanya 3 peserta yang berjaya layak. Berikut adaah senarai peserta yang bertanding untuk Da’i Pendakwah Nusantara musim ke 6 :-

  1. Abdul Syahmi Asri Kamarudin, 20, atau Da”i Syahmi dari Pahang
  2. Muhammad Syukri Wafi Mukhti, 24, (Da’i Wafi, Kelantan)
  3. Noor Syazwani Zuriati Rohazey, 21, (Da’i Syazwani, Kedah)
  4. Haziq Safwan Norzaman, 22, (Da’i Haziq, Perak)
  5. Muhammad Hafizhullah Ahmad, 25, (Da’i Hafiz, Kedah).
  6. Imran Mohd Zaki, 21, (Da’i Imran, Selangor)
  7. Muhammad Danial Jaffar, 27, (Da’i Danial, Pahang)
  8. Mohd Amirul Mukminin Yusoff, 23, (Da’i Amirul, Kedah)
  9. Muhammad Adam Muhibullah Abdullah, 26, (Da’i Adam, Sabah)
  10. Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris Shah, 18, (Da’i Raisyah, Perak)

Pengetua adalah Datuk Ustaz Mohd Zawawi Yusoh sebagai Mursyid dengan dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Haryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebagai Murabbi.

Penilaian peserta akan dibuat oleh dua juri tetap dipilih iaitu Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Profesor Madya Dr Sharifah Haayati Syed Ismail. Pemarkahan peserta merangkumi 80 peratus juri meliputi aspek pengisian Al Quran & Hadis (30 peratus), gaya & susunan isi (30 peratus) dan kreativiti persembahan (20 peratus) manakala 20 peratus markah lagi daripada murabbi (tenaga pengajar).

Pengacara Da’i 6 adalah Datuk Rosyam Nor bersama finalis Da’i musim kedua, Da’i Izzhar yang pernah mengacara program Malaysia Hari Ini (MHI) sebelum ini.

Da’i 6 yang disiarkan secara langsung di TV3, setiap Jumaat jam 9 malam ditaja Almas Beauty & Health menawarkan hadiah lumayan RM60,000 untuk juara, RM15,000 (tempat kedua) dan RM10,000 (ketiga).

Senarai Pemenang Juara Dai Pendakwah Nusantara 2018

Berikut adalah senarai peserta yang berjaya layak ke pusingan separuh akhir pad minggu ke 10 pada 21 September 2018:-

  1. Da’i Syahmi
  2. Da’i Haziq
  3. Da’i Adam
  4. Da’i Imran

Berikut adalah senarai finalis dan pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara tahun 2018 yang akan berlangsung pada 28 September 2018:-

  1. Juara : Da’i Adam : RM60,000 dan Pakej Umrah tajaan Almaz serta trofi
  2. Naib Juara : Da’i Imran : RM15,000 dan Pakej Umrah tajaan Almaz serta trofi
  3. Ketiga : Da’i Haziq : RM10,000
  4. Da’i Pilihan Almaz : Da’i Adam : RM1,000 dan produk Almaz RM1,000
  5. Da’i Pilihan Penonton : Da’i Haziq : RM1,000

Tahun 2017

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2017 yang berlangsung pada hari Ahad live di TV3, 1 Oktober 2017 :-

  • Juara : Dai Hakim (Wang tunai RM50,000, sebuah trofi, pakej umrah untuk 2 orang dan produk Almaz, penajaan pengajian tinggi Madinah International Universiti)
  • Naib Juara : Dai Afiqah (Wang tunai RM5,000, penajaan pengajian tinggi Madinah International Universiti dan hadiah iringan)
  • Ketiga : Dai Fahmi (Wang tunai RM5,000, penajaan pengajian tinggi Madinah International Universiti dan hadiah iringan)
  • Da’i Pilihan Almaz : Dai Aiman
  • Da’i Pilihan Penonton : Dai Afiqah

Untuk rujukan, berikut adalah maklumat pemenang Da’i Pendakwah Nusantara 2016 tahun lepas.

Senarai Finalis Dai Pendakwah Nusantara 2016

1. Da’i Nasrul

da27iNasrul

2. Da’i Saiful

Da27iSaiful

3. Da’i Niezal

Da27iNiezal
Untuk makluman, juara Da’i Pendakwah Milenia musim ketiga tahun 2015 adalah Da’i Hamidah dari Kedah.

Hamidah binti Ab Razak (23 tahun, Kedah)

daihamidah

Senarai Pemenang Juara Dai Pendakwah Nusantara 2016

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2016 :-

  • Juara : Da’i Niezal (Wang tunai RM50,000, sebuah trofi, pakej umrah untuk 2 orang dan produk Almaz)
  • Naib Juara : Da’i Nasrul (Wang tunai RM5,000 dan hadiah iringan)
  • Ketiga – Da’i Saiful (Wang tunai RM5,000, produk Almaz dan tablet peribadi)
  • Da’i Pilihan Almaz : Da’i Azman (smartphone dan produk Almaz)
  • Da’i Pilihan Penonton : Da’i Saiful (iPad dan produk Almaz)
  • Da’i Pilihan Penonton Youtube :  Da’i Syed (Produk Almaz)

Tahniah diucapkan kepada Pemenang Juara Da’i Pendakwah Nusantara 2018. In Sha Allah kita berjumpa lagi tahun depan untuk musim ketujuh Da’i Pendakwah Nusantara 2019.