Tarikh Dan Keputusan PRK Port Dickson 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 05:00 PM

Teka teki kerusi Parlimen manakah yang bakal ditandingi oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akhirnya terjawab. DSAI akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P132 Parlimen Port Dickson (nama asal Teluk Kemang) yang telah dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah.

Kerusi Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan adalah merupakan kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) semenjak tahun 2008. P132 mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Chuah dan Lukut (dikuasai DAP), Bagan Pinang dan Linggi (BN) dan Sri Tanjung (PKR). Terdapat sejumlah 75,381 pengundi mengikut daftar pemilih semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

keputusan prk port dickson

Pilihan Raya Kecil PRK Parlimen Port Dickson (P132)

Keputusan yang dibuat oleh Datuk Danyal adalah untuk membantu DSAI dalam usahanya untuk kembali sebagai seorang Anggota Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri kelapan.

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan keputusan PRK Parlimen Port Dickson yang akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Tarikh PRK Parlimen Port Dickson

Penamaan Calon
29 September 2018 (Sabtu)
Hari Mengundi Awal
9 Oktober 2018 (Selasa)
Hari Mengundi PRK P132
13 Oktober 2018 (Sabtu)

Peratus pengundi mengikut kaum adalah seperti berikut :-

  1. Melayu : 43%
  2. Cina : 33%
  3. India : 12%
  4. Lain-Lain : 2%

Berikut adalah keputusan rasmi PRK Port Dickson yang akan dikemaskini dari masa kesemasa

KEPUTUSAN PRK PORT DICKSON 2018
CALON P132 PORT DICKSONPartiUndi
1. Datuk Seri Anwar IbrahimPKR31.016
2. Leftenan Kol (B) Mohd Nazari MokhtarPAS7,456
3. Tan Sri Mohd Isa Abdul SamadBEBAS4,230
4. Saiful Bukhari AzlanBEBAS82
5. Stevie Chan Kee LeongBEBAS337
6. Lau Seck YanBEBAS214
7. Kan Chee YuenBEBAS154
Jumlah Pengundi (-) / Jumlah Undi (-)Majoriti 23,560Peratus Mengundi (58.25%)

Untuk rekod, berikut adalah keputusan penuh Pilihanraya Umum Parlimen Port Dickson pada PRU 14 yang lalu.

KEPUTUSAN PRU14 – PARLIMEN PORT DICKSON
CALON P132 PORT DICKSONPartiUndi
Datuk Danyal Balagopal AbdullahPKR36,225
Ustaz Mahfuz RoslanPAS6,594
Datuk VS MoganBN18,515
Jumlah Pengundi (75,212) / Jumlah Undi (62, 282)Majoriti 17,710Peratus Mengundi (82.81%)