Keputusan PRK Semenyih Selangor 2019 (N24)

Panduan terkini dikemaskini pada 3 Mac 2019 jam 12:08 AM

Keputusan PRK Semenyih Selangor 2019 (N24)
2 (40%) 2 votes

Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan tahun ini selepas berakhirnya PRU Parlimen Cameron Highlands Pahang yang dimenangi oleh Barisan Nasional (BN). ini PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih akan diadakan pula pada 2 Mac 2019 di mana hari penamaan calon telah ditetapkan pada 16 Februari manakala hari mengundi awal adalah pada 26 Februari.

Pertarungan PRK Semenyih dijangka sengit kali ini yang menggunakan daftar pemilih di dalam Parlimen Hulu Langat (P101) sehingga suku ketiga 2018. Terdapat seramai 54,503 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 53,520 pengundi biasa, 951 pengundi awal dan 32 orang pengundi tidak hadir luar negara.

keputusan prk semenyih

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRK Semenyih, Selangor (N24) Tahun 2019

PRK DUN Semenyih perlu diadakan susulan daripada kematian wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pakatan Harapan – PH), Bakhtiar Mohd Nor yang  telah meninggal dunia di Hospital Kajang pada 11 Januari 2019 yang lalu akibat serangan sakit jantung pada umur 57 tahun.

Pada Pilihanraya Umum (PRU14) yang lalu, beliau telah menewaskan penyandang kerusi dari Barisan Nasional (BN), Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon dengan memperolehi 23, 428 unid dengan majoriti berjumlah 8,964 undi.

Berikut adalah informasi berkaitan nama senarai calon dan keputusan terkini PRK Semenyih (N24) untuk tahun 2019 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, SPR akan menyiarkan secara langsung melalui Facebook live SPR melibatkan proses keputusan PRK, pengundian awal, penamaan calon, hari pengundian dan pengiraan undi.

TARIKH-TARIKH PENTING PRK DUN SEMENYIH (N24)
AKTIVITITARIKH
1. Tarikh Penamaan Calon16 Februari 2019
2. Tarikh Mengundi Awal26 Februari 2019
3. Tarikh PRK N24 Semenyih2 Mac 2019
SENARAI PARTI BERTANDING PRK SEMENYIH (N24)
Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) Parti Sosialis Malaysia (PSM)
KEPUTUSAN RASMI PRK SEMENYIH 2019
Nama CalonNama PartiJumlah Undi
Muhammad Aiman Bin ZainaliPH17,866
Zakaria Bin Hj HanafiBN19,780 (Menang)
Nik Aziz Afiq AbdulPSM847
Kuan Chee Heng @ Uncle KentangBEBAS725
Jumlah Pengundi (-) / Jumlah Undi (39,218)Peratus Mengundi (73.24%)Majoriti 1,914 undi
KEPUTUSAN PRU 14 DUN SEMENYIH 2018
Sebagai rujukan, berikut adalah keputusan rasmi PRU14 bagi DUN Semenyih, Parlimen Hulu Langat:
Nama CalonNama PartiJumlah Undi
Bakhtiar Bin Mohd Nor PH23,428
Datuk Haji Johan Bin Abd Aziz BN14,464
Haji Mad Shahmiour Mat KosimPAS6,966
S Arutchelvan (Arul)PSM1,293
Jumlah Pengundi (53,257) / Jumlah Undi (46,151)Peratus Mengundi (87.90%)Majoriti (8964)

Selamat mengundi buat pengundi DUN Semenyih, Selangor N24. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi dalam memilih pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang buat anda semua.