Keputusan PRK Tanjung Piai Johor 2019 (P165)

Panduan terkini dikemaskini pada 16 November 2019 jam 09:39 PM

Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan tahun ini selepas berakhirnya PRK Parlimen Sandakan. Sabah yang dimenangi oleh calon Pakatan Harapam (DAP). PRK Parlimen Tanjung Piai (P165) akan diadakan pula pada 16 November 2019 di mana hari penamaan calon telah ditetapkan pada 2 November manakala hari mengundi awal adalah pada tarikh 12 November 2019.

Pertarungan PRK Tanjung Piai kali ini dijangka sengit melibatkan pertarungan calon PH dan BN. Ianya menggunakan daftar pemilih di dalam Parlimen Tanjung Piai sehingga suku kedua 2019 (23 September 2019). Terdapat seramai 52,986 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan 8 orang pengundi tidak hadir luar negara.

prk tanjung piai

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRK Tanjung Piai, Johor (P165) Tahun 2019

PRK Parlimen Tanjung Piau perlu diadakan susulan daripada kematian wakil rakyat dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pakatan Harapan – PH), Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang  telah meninggal dunia pada 21 September 2019 yang lalu akibat komplikasi jantung pada umur 42 tahun.

Pada Pilihanraya Umum (PRU14) yang lalu, beliau telah menewaskan penyandang kerusi dari Barisan Nasional (BN), Wee Jeck Seng serta calon PAS dengan memperolehi 21, 255 undi dengan majoriti berjumlah 524 undi. Parlimen Tanjung Piai mempunyai 2 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kukup dan Pekan Nenas.

Berikut adalah informasi berkaitan nama senarai calon dan keputusan terkini PRK Tanjung Piai (P165) untuk tahun 2019 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, SPR akan menyiarkan secara langsung melalui Facebook live SPR melibatkan proses keputusan PRK, pengundian awal, penamaan calon, hari pengundian dan pengiraan undi.

TARIKH-TARIKH PENTING PRK PARLIMEN TANJUNG PIAI (P165)
AKTIVITITARIKH
1. Tarikh Penamaan Calon2 November 2019
2. Tarikh Mengundi Awal12 November 2019
3. Tarikh PRK N24 Semenyih16 November 2019
SENARAI PARTI BERTANDING PRK TANJUNG PIAI (P165)
Pakatan Harapan (PH) Barisan Nasional (BN) GERAKAN
BERJASABEBAS –
KEPUTUSAN RASMI PRK TANJUNG PIAI 2019
Nama CalonNama PartiJumlah Undi
Karmaine Bin SardiniPH10,380
Wee Jeck Seng BN25.466
Wendy SubramaniamGERAKAN1,707
Badrulhisham Abdul AzizBERJASA850
Ang Chuan LokBEBAS380
Faridah Aryani Abdul GhafarBEBAS32
Jumlah Pengundi (52,986) / Jumlah Undi (-)Peratus Mengundi (74.43 %)Majoriti – 15,086 undi
KEPUTUSAN PRU 14 PARLIMEN TANJUNG PIAI 2018
Sebagai rujukan, berikut adalah keputusan rasmi PRU14 bagi Parlimen Tanjung Piai:
Nama CalonNama PartiJumlah Undi
Md Farid Md Rafik PH21,255
Wee Jeck Seng BN20,731
Nordin OthmanPAS2,962
Jumlah Pengundi (53,528) / Jumlah Undi ( )Peratus Mengundi (83.97%)Majoriti (524)

Selamat mengundi buat pengundi berdaftar di Parlimen Tanjung Piai, Johor. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi dalam memilih pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang buat anda semua.