Panduan terkini dikemaskini pada

Keputusan PRK Kimanis Sabah 2020 (P176)

Satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan tahun ini selepas berakhirnya PRK Parlimen Tanjung Piai, Johor yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (MCA). PRK Parlimen Kimanis (P176) akan diadakan pula pada 18 Januari 2020 di mana hari penamaan calon telah ditetapkan pada 4 Januari manakala hari mengundi awal adalah pada tarikh 14 Januari 2020.

Pertarungan PRK Kimanis kali ini dijangka sengit melibatkan pertarungan calon PH – Warisan dan BN. Ianya menggunakan daftar pemilih di dalam Parlimen Kimanis sehingga suku ketiga 2019 (kemaskini 9 Disember 2019). Terdapat seramai 29,664 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 29,654 pengundi biasa, 9 pengundi awal dan seorang pengundi tidak hadir luar negara. Parlimen Kimanis mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bongawan dan DUN Membakut.

keputusan prk

Keputusan Terkini Dan Rasmi PRK Kimanis, Sabah (P176) Tahun 2020

PRK Parlimen Kimanis perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember 2019 yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman atas tiket BN.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos 2019 telah memutuskan bahawa kemenangan calon BN di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Untuk PRK Kimanis 2020, Parti Warisan bakal mempertaruhkan Ketua Bahagian Warisan Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, manakala BN diwakili oleh Datuk Mohamad Alamin, 48, yang juga Ketua Bahagian UMNO Kimanis.

Berikut adalah informasi berkaitan nama senarai calon dan keputusan terkini PRK Kimanis (P176) untuk tahun 2020 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, SPR akan menyiarkan secara langsung melalui Facebook live SPR melibatkan proses keputusan PRK, pengundian awal, penamaan calon, hari pengundian dan pengiraan undi.

TARIKH-TARIKH PENTING PRK PARLIMEN KIMANIS (P176)
AKTIVITI TARIKH
1. Tarikh Penamaan Calon 4 Januari 2020
2. Tarikh Mengundi Awal 14 Januari 2020
3. Tarikh PRK P176 Kimanis 18 Januari 2020
SENARAI PARTI BERTANDING PRK KIMANIS, SABAH 2020
Pakatan Harapan (PH) – Warisan  Barisan Nasional (BN)  
KEPUTUSAN RASMI PRK KIMANIS 2020
Nama Calon Nama Parti Jumlah Undi
Datuk Karim Bujang PH – Warisan 10,677
Datuk Mohamad Alamin BN (UMNO) 12,706
Jumlah Pengundi (29,664) / Jumlah Undi (23,383) Peratus Mengundi (79.92 %) Majoriti – 2,029 undi 
KEPUTUSAN PRU 14 PARLIMEN KIMANIS 2018
Sebagai rujukan, berikut adalah keputusan rasmi PRU14 bagi Parlimen Kimanis:
Nama Calon Nama Parti Jumlah Undi
Datuk Karim Bujang  PH – Warisan 11,786
Datuk Seri Anifah Aman  BN (UMNO) 11,942
Jaafar Bin Ismail PHRS 1,300
Jumlah Pengundi (29,618) / Jumlah Undi (25, 519) Peratus Mengundi (86.2%) Majoriti (156)

Selamat mengundi buat pengundi berdaftar di Parlimen Kimanis, Sabah. Tunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi dalam memilih pemimpin yang mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang buat anda semua.

Tahniah buat pengundi Parlimen Kimanis Sabah yang mempunyai YB baharu iaitu Datuk Mohamad Alamin dari Barisan Nasional (UMNO).