Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Panduan terkini dikemaskini pada 14 Oktober 2018 jam 03:51 PM

Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur
Rate this post

Keputusan Undian Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur. Laluan mudah buat pasukan Malaysia di peringkat kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2017. Dipetik dari FB Rasmi FAM, keputusan undian peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur bakal menyaksikan Malaysia diletakkan  di Kumpulan A bersama naib juara  dan musuh tradisi, Myanmar dan Singapura. Undian telah diadakan pada hari Sabtu, 8 Julai 2017.

Untuk Sukan SEA 2017 kali ini, jurulatih Datuk
Ong Kim Swee telah menyenaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia B22. Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2017 akan berlangsung di Stadium Shah Alam untuk Kumpulan A dan Stadium MP Selayang untuk Kumpulan B.

KeputusanUndianBolasepakSukanSEA2017

Keputusan Undian Peringkat Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur

Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan bolasepak Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Sebanyak 11 pasukan bakal bertanding dibahgikan kepada 2 kumpulan. 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan Separuh Akhir.

Undian Bolasepak Tahun 2017

KUMPULAN A

  • Malaysia, Myanmar, Singapura, Laos dan Brunei

KUMPULAN B

  • Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja, Timor Leste dan Filipina

Sebagai perbandingan berikut adalah keputusan undian Bolasepak Sukan SEA 2015 di Singapura pada temasya yang lepas.

TAHUN 2015

KUMPULAN A

  • Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina

KUMPULAN B

  • Thailand, MALAYSIA, Vietnam, Laos, Brunei, Timor Leste

Untuk makluman, juara bertahan bolasepak Sukan SEA adalah pasukan Thailand. Naib juara adalah pasukan Myanmar.

Semoga Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ini mampu menyemarakan skuad Malaysia untuk merangkul pingat emas kali ini.