Keputusan Undian Kumpulan Piala Malaysia 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 03:05 PM

Aksi Piala Malaysia edisi ke 92 piala berprestij dan tertua di Malaysia akan kembali pada tahun 2018. Sebanyak 16 pasukan telah berjaya melayakan diri ke saingan Unifi Piala Malaysia 2018 peringkat kumpulan. Undian peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018 telah diadakan pada 30 Julai 2018 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC).

Johor Darul Takzim (JDT) adalah juara bertahan selepas menewaskan Kedah pada final Piala Malaysia tahun 2017 dan diletakkan dalam Kumpulan C. Pasukan paling banyak memenang Piala Malaysia iaitu Selangor pula berada di Kumpulan D.

unifi piala malaysia

Keputusan Undian Piala Malaysia 2018 Peringkat Kumpulan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan keputusan undian Unifi Piala Malaysia 2018. 11 pasukan terbaik dalam kedudukan liga iaitu 11 teratas Liga Super dan 5 terbaik Liga Premier adalah secara automatik layak ke peringkat kumpulan secara automatik.

Kedudukan Pot Undian

Pasukan yang layak di undi dan di asingkan mengikut balang berdasarkan ranking liga bagi tujuan pengundian nanti. Berikut adalah kedudukan pot undian mengikut pasukan Liga Super dan Liga Perdana di Piala Malaysia :-

  1. Pot 1 : JDT, Perak, PKNS FC, Pahang
  2. Pot 2 : Terengganu FC, Kedah, Melaka, Selangor
  3. Pot 3 : PKNP FC, Kuala Lumpur, Kelantan, Felda United
  4. Pot 4 : Felcra FC, MIFA, PDRM, Sabah

pot piala malaysia

Senarai Penuh Pasukan Peringkat Kumpulan Piala Malaysia 2018

Berikut adalah keputusan undian Piala Malaysia 2018 peringkat kumpulan. Maklumat aksi Unifi Piala Malaysia tahun ini adalah seperti berikut :-

  • 16 pasukan dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan 2 pasukan teratas layak ke pusingan seterusnya
  • Tarikh Perlawanan
    • Perlawanan pertama dan peringkat kumpulan adalah pada 4 Ogos sehingga 16 September 2018
    • Suku Akhir Pertama Dan Kedua :  21-23 September dan 28-30 September 2018
    • Separuh Akhir 1 & 2 : 5-7 Oktober dan 19-21 Oktober 2018
    • Perlawanan Akhir : 27 Oktober 2018

Berikut adalah senarai pasukan setiap kumpulan selepas tamatnya undian kumpulan Piala Malaysia 2018 :-

    • Kumpulan A : Perak, Terengganu FC, Kuala Lumpur, Felcra FC
    • Kumpulan B : PKNS FC, Melaka, Felda United, PDRM
    • Kumpulan C : JDT, Kedah, Kelantan, MIFA
    • Kumpulan D : Pahang, Selangor, PKNP FC, Sabah

kumpulan piala malaysia 2018

Selamat menyaksikan siaran langsung Piala Malaysia 2018 di stadium berdekatan dan di kaca TV anda. Tahniah kepada pasukan yang berjaya menjuarai Piala Malaysia untuk edisi ke 92 kali ini.