Kod Etika Pakaian Baru Tingkatan 6

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 09:46 PM

Kod Etika Pakaian Baru Tingkatan Enam Form 6 Bermula Sesi Persekolahan 2015. Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 6. Berikut dikongsikan kod etika pakaian baru Tingkatan 6 (Form 6) yang dikeluarkan oleh KPM. Umum sedia maklum yang Kementerian Pendidikan melalui Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan yang sekolah
tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan Enam (6) supaya memakai pakaian mengikut standard.

Kementerian Pendidikan mengesahkan
pelajar yang akan penyambung pengajian ke Form 6 Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai
sebahagian daripada kod pakaian baru bermula musim persekolahan 2015 yang merupakan sebahagian daripada
‘penjenamaan semula’ Tingkatan Enam.
bajuting6

Antara kod etika pakaian baru Tingkatan Enam untuk sesi persekolahan bermula 2015 adalah seperti berikut :-

  • 1) Dibenarkan untuk memakai pakaian batik ke sekolah
  • 2)
    Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna
    cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga
    atau rekaan lain
  • 3) Bebas untuk
    memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai
    corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
  • 4) Pelajar masih lagi boleh memakai uniform walaupun ianya tidak dinyatakan dalam arahan.
  • 5) Panjang
    seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat.
    Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz ‘buckles’
    tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
  • 6) Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
  • 7) Pelajar
    wanita selain baju kurung, mereka juga akan dibenarkan memakai seluar
    panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun
    labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
  • 8) Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
  • 9) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T dan pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat.
  • 10) Pelajar
    lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya
    boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
  • 11) Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
  • 12) Kemeja-T yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif.
Untuk panduan lengkap, pelajar boleh memuat turun atau download Pekeliling KPM di Etika Kod Pakaian