Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015

Panduan terkini dikemaskini pada 19 Oktober 2018 jam 07:42 PM

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015
Rate this post

Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan Geografi PT3 2015. Calon peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun 2015 kali ini dikehendaki membuat tugasan berkenaan Kegiatan Ekonomi. Objektif pertama kajian dalam membuat Tugasan Geografi PT3 tahun 2015 adalah mentakrifkan kegiatan ekonomi.
Takrifan kegiatan ekonomi boleh dirujuk pada Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) seperti di bawah.

konsepdantakrifan

Takrifan Kegiatan Ekonomi (Mengenalpasti, menentukan atau menyatakan)

  • Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi
    bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan.
    Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu
    Telok Panglima Garang.  Antaranya adalah perniagaan, pertanian dan
    perindustrian.
  • Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.
  • Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan
    sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengedaran dan
    penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam
    masyarakat.
  • Rujukan : http://www.businessdictionary.com/

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471, kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan ataupun aktiviti.

Ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: halaman 379,
bermaksud ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan
barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan
(kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan
atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan
barang-barang) dalam rumah tangga.

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai

aktiviti
yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang dan
perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian,
perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber
pendapatan untuk memperoleh keuntungan.

Contoh Lengkap Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi (5 Markah)

Kegiatan
Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh
mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti
kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia
yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah).
Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor
antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1 Markah). Contoh Sektor Primer sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).

Contoh Borang soal selidik Kajian Ekonomi klik Tugasan PT3 

RS468x60