Panduan terkini dikemaskini pada

Jadual Kursus Asas Haji 2024 Dan Lokasi Seluruh Negeri

Jadual Dan Lokasi Kursus Asas Haji (KAH) 2024 / 1445 – 1446H Seluruh Negeri. Kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa dan juga kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah, Jadual Kursus Asas Haji 2023 Seluruh Negeri telah dikeluarkan oleh Tabung Haji Malaysia. Peserta yang berminat untuk mengikuti Kursus Asas Haji (KAH) 1445H perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat dalam menganjurkan kursus ini. Maklumat bagi tahun 2024/ 1445H akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Senarai di bawah ini menyertakan nama masjid yang terlibat setiap negeri dan tarikh mula dan akhir KAH diadakan.

kursus haji 2023

Apa Itu Kursus Asas Haji (KAH)?

KAH adalah kursus pengenalan kepada ibadat haji, umrah dan ziarah. Kursus ini mengambil masa selama 13 sesi berturut-turut atau selama 4 bulan 1 minggu. Setiap siri mengambil masa selama 2 jam 30 minit dan diadakan bermula dari bulan Rabiul Awal hingga Jamadil Akhir.

KAH adalah kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus ini diadakan di masjid-masjid yang terpilih di peringkat daerah seluruh negeri di Malaysia secara kerjasama antara Jabatan Agama Islam Negeri dan Lembaga Tabung Haji.

Jadual Kursus Asas Haji 2024 Seluruh Negeri

Muat turun jadual Kursus Asas Haji di masjid-masjid berhampiran anda di link di bawah ini :-

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Putrajaya
  3. Wilayah Persekutuan Labuan
  4. Selangor
  5. Negeri Sembilan
  6. Melaka
  7. Johor
  8. Perlis
  9. Kedah
  10. Pulau Pinang
  11. Pahang
  12. Perak
  13. Kelantan
  14. Terengganu
  15. Sabah
  16. Sarawak

Kursus-Kursus Lain Buat Bakal Jemaah Haji

Di sini dikongsikan juga informasi kursus-kursus yang perlu diikuti oleh bakal jemaah haji selepas menghadiri Kursus Asas Haji ini.

1. Kursus Intensif Haji

Kursus haji peringkat kedua yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Rejab dan Sya’aban pada setiap tahun.

Kursus diadakan selama 2 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah serta ulangkaji ibadat. Modul juga merangkumi Ibadat haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan haji di Tanah Air dan Tanah Suci. Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

2. Kursus Khas Haji

Kursus haji ini adalah lanjutan kepada Kursus Intensif Haji. Diadakan selepas Kursus Intensif Haji. Tempoh kursus adalah selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini adalah latih tubi praktikal ibadat dalam kelompok kecil dan lebih khusus.

Peserta kursus adalah terdiri daripada mereka yang mendapat markah 39% dan ke bawah dalam ujian kefahaman ibadat Kursus Intensif Haji dan mereka yang terpilih di saat akhir. Pejabat TH Negeri atau Daerah akan mengeluarkan surat jemputan kepada bakal jemaah haji yang terlibat.

3. Kursus Perdana Haji

Kursus haji peringkat akhir yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan dalam bulan Syawal disetiap negeri. Kursus ini akan mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah bagi setiap negeri.

Kursus ini diadakan selama 1 hari. Penekanan yang diberikan semasa kursus ini lebih kepada praktikal ibadat haji dan umrah dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. Ia melibatkan aktiviti bermabit dan melontar pada waktu malam. Bakal jemaah haji akan bermalam di tempat kursus.

Hanya bakal jemaah haji yang tepilih pada tahun semasa akan dijemput menghadiri kursus ini oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

Semoga informasi berkenaan Jadual Kursus Asas Haji 2024 Seluruh Negeri ini berguna dan boleh dijadikan panduan buat bakal jemaah haji di Malaysia.

SUMBER : Tabung Haji