Lirik Lagu Aku Negaraku

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 10:52 PM

Muat Turun Lirik Lagu Aku Negaraku Dan Video Nyanyian. Lagu “Aku Negaraku” telah dipilih sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah yang baru bermula dari tarikh 22 Mei 2017. Berikut dikongsikan lirik lagu Aku Negaraku termasuk video nyanyian serta link download untuk panduan guru dan juga pelajar.

laguakunegaraku

Lagu Aku Negaraku : Lirik Dan Video

Lagu Aku Negaraku perlu dinyanyikan bersama lagu kebangsaan, negeri dan sekolah masing-masing sebagai lagu wajib perhimpunan mingguan sekolah. Aku Negaraku adalah sebuah lagu yang berentak kontemporari. Lagu adalah ciptaan komposer Audi Mok dan lirik oleh Shazree Ishak. Lagu adalah nyanyian penyanyi Aizat Amdan Dan Suki.

Penambahan lagu Aku Negaraku sebagai lagu wajib adalah bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan Malaysia dikalangan rakyat Malaysia. Ianya merupakan sebahagian dari satu inisiatif program Negaraku yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aku Negaraku 

Ku sedar tanah air aku bertuah
Di sini tempatku berjasa
Ku sedar sempurna hidupku di sini
Malaysia ku terhutang budi

 

[Chorus]

 

Aku Negaraku
Aku Negaraku
Sememangnya Negaraku maju
Negaraku tanah tumpah darahku

 

Aku Negaraku

 

Di hatiku negaraku
Selamanya aku negaraku
Satu
Negaraku tanah tumpah darahku

 

Kita bersama membina masa depan

 

Semangat setinggi angkasa
Kita bersama bersyukur pada Tuhan
KepadaNYA kita berserah

 

Ulang [Chorus]

 

Ku laungkan namamu ke seluruh dunia
Malaysia aku bahagia

 

Ulang [Chorus]

 

Aku Negaraku

Video Lagu Aku Negaraku

Berikut dikongsikan juga video lagu Aku Negaraku beserta lirik :-

Semangat patriotik amat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang maju dan aman. Semoga perkongsian Lirik Lagu Aku Negaraku boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk pelajar semua.