Siaran Langsung ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 03:25 PM

Malam kemuncak ABPBH 2018 Anugerah Bintang Popular BH 31 akan berlangsung pada hari Ahad, 7 Oktober 2018 bermula jam 9.00 malam bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan disiarkan secara langsung di stesen penyiar rasmi TV3.

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) kini memasuki edisi ke-31 dengan mempertandingkan 13 kategori utama serta 5 kategori online. Pentas ABPBH 31 yang bertemakan “Infiniti” bakal menyajikan persembahan lagu pelbagai genre oleh barisan 18 orang penyanyi seperti Datuk Jeffrydin, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramlah Ram, Misha Omar dan Amy Mastura. Tidak ketinggalan, generasi baharu seperti Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Nabila Razali dan Ben Ladin.

Penaja utama ABPBH 31 adalah Alha Alfa, produk kosmetik tempatan keluaran Syarikat Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd.

abpbh live

Live Streaming Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018 Ke 31 (ABPBH 2018)

Malam kemuncak Anugerah ABPBH 2018 akan disiarkan secara siaran langsung di TV3. Selain itu, Kool FM dan Hot FM menjadi stesen radio rasmi serta Tonton (platform digital rasmi) serta Hijab & Heels (media digital rasmi).

ABPBH 31 iaiatu anugerah hiburan pilihan peminat yang paling lama bertahan bakal mempertaruhkan 13 kategori utama dan lima kategori online, dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular bakal membawa pulang sebuah kereta. Kesemua para pemenang anugerah untuk setiap kategori yang dipertandingkan adalah ditentukan melalui undian pilihan daripada semua pembaca.

INFO SIARAN LANGSUNG ABPBH 2018

NOPERINCIANINFO
 1Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke 31 (ABPBH 2018) 7 Oktober 2018 (Ahad)
 2Lokasi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)
 3Acara Karpet Merah Bermula jam 830 malam
 4Acara Penganugerahan Bermula jam 900 malam
 5Hos/ Pengacara Ajak Shiro/ Zara Zya/ Janna Nick
SENARAI KEPUTUSAN PEMENANG
Klik Keputusan Penuh ABPBH 2018

Tahniah kepada para pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 31 tahun 2018.