Panduan terkini dikemaskini pada

Logo Halal JAKIM Yang Sah

Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia. Tahukah anda ciri-ciri logo halal Malaysia sebenar? Berikut disertakan ciri-ciri Logo Halal JAKIM Malaysia yang dikongsikan dari FB Bahagian Halal JAKIM.

Semoga perkongsian sedikit maklumat ini dapat membantu umat Islam Malaysia dalam memilih menentukan samada makanan itu Halal atau Haram.

Cara Bezakan Logo Halal JAKIM Yang Sah

  1. Perkataan Malaysia dalam bulatan
  2. Bintang berbucu 8 di tengah bulatan
  3. Perkataan Arab “Halal” di tengah bintang
  4. 2 bintang kecil berbucu 5 bagi memisahkan tulisan rumi dan Arab
  5. Tulisan HALAL di tengah
  6. Tulisan “MALAYSIA” dalam Arab
  7. Contoh No. Standard MS 1500:2009
  8. No. Rujukan Permohonan

Logo Halal Palsu

Anda juga boleh mengenalpasti logo halal yang palsu atau tidak sah dengan merujuk gambar di bawah ini

Ciri-Ciri Logo Halal JAKIM Malaysia

Maksud Halal

Halal berasal daripada kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah seperti berikut:

  • i. Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu
    • a. bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan Fatwa
    • b. tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa
    • c. tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan Fatwa
    • d. tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan Fatwa
    • e. tidak beracun atau memudaratkan kesihatan
    • f. tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa; dan
    • g. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi sub-sub perenggan (a) dan (b)
  • ii. Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak

SUMBER : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

Evolusi Logo Halal Malaysia

evolusi logo halal malaysia

Semoga perkongsian ciri-ciri logi halal JAKIM Malaysia dapat membantu anda mengenali Logo Halal JAKIM Yang Sah.