Siaran Langsung Malaysia Vs Bahrain Sukan Asia 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 05:36 PM

Skuad bolasepak bawah 23 tahun Malaysia di bawah kendalian jurulatih, Datuk Ong Kim Swee akan meneruskan aksi peringkat kumpulan E bolasepak Sukan Asia 2018 menentang Bahrain pada hari Isnin, 20 Ogos 2018 bermula jam 800 malam waktu Malaysia. Perlawanan Malaysia Vs Bahrain akan disiarkan secara langsung seawal jam 730 malam di saluran Astro Arena 801/ 802 HD.

Misi Malaysia adalah untuk menang sekaligus menjadi juara Kumpulan E mengatasi pasukan lain seperti Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain. Pada aksi dua perlawanan terdahulu, Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 3-1 dan mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 2-1. Skuad B23 Malaysia kini mengumpul 6 mata daripada 2 perlawanan dan telah layak ke pusingan kalah mati Round of 16.

Malaysia Vs Bahrain

Siaran Langsung Malaysia Vs Bahrain Sukan Asia 20-8-2018

Berikut dikongsikan maklumat perlawanan Malaysia vs Bahrain pada aksi ketiga perlawanan peringkat Kumpulan E Bolasepak Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang.

KEPUTUSAN MALAYSIA VS BAHRAIN ASIAN GAMES 2018 KUMPULAN E
Malaysia2 – 3Bahrain
Syahmi Safari min 20
 Safawi Rasid PEN min 90 +3
8:00 MALAMMohamed Hardan min 33, min 89
Hamad Alshamsan min 37

Kesebelasan Pemain

MALAYSIA: 1-Ifwat Akmal Chek Kassim (GK); 2-Adib Zainudin, 9-Adam Nor Azlin, 3-Syazwan Zaipol Bahari; 5-Syahmi Safari, 7-Baddrol Bakhtiar (C), 16-Nik Akif Syahiran Nik Mat, 13-Tommy Mawat Bada; 8-Faisal Abdul Halim, 10-Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19-Kogileswaran Raj.

Sub: 4-Rodney Celvin Akwensivie, 11-Safawi Rasid, 14-Dominic Tan, 17-Irfan Zakaria, 18-Akhyar Rashid, 20-Syafiq Ahmad, 21-Syazwan Andik Ishak, 22-Haziq Nadzli (GK).

BAHRAIN: 19-Ammar Ahmed (GK), 3-Ahmed Bughammar, 5-Hamad Alshamsan, 7-Ali Yahya, 8-Mohamed Marhoon, 9-Ahmed Sanad, 10-Mohamed Hardan (C), 12-Jasim Alsalama, 15-Hasan Alkarrani, 16-Hashim Hashim, 18-Abdulrahman Ahmedi.

Sub: 1-Abdulaziz Aalkandari (GK), 4-Husain Sabba, 6-Husain Alkhayyat, 11-Abdulaziz Almansoori, 13-Sayed Ebrahim Mohsen, 14-Abbas Alasfoor, 17-Ahmed Alsherooqi, 20-Yusuf Shabaan (GK).