Siaran Langsung Malaysia Vs Jepun AFC U16 2018

Panduan terkini dikemaskini pada 23 Mei 2019 jam 05:30 PM

Skuad bolasepak bawah 16 tahun Malaysia (U16) dibawah bimbingan jurulatih, Lim Teong Kim akan menghadapi laluan getir menentang pasukan Jepun dalam mencapai misi melayakkan diri ke pusingan suku akhir kejohanan bolasepak AFC U16 tahun 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan ketiga peringkat kumpulan A dijadual berlangsung pada hari Rabu, 26 September 2018 sepak mula pada jam 430 petang. Perlawanan lain di kumpulan sama melibatkan perlawanan Thailand lawan Tajikistan.

Keempat-empat pasukan masih berpeluang untuk layak ke peringkat suku akhir dengan Jepun kini mendahului carta kedudukan pasukan dengan 4 mata selepas 2 tamat 2 aksi perlawanan. Malaysia dan Thailand berkongsi kedudukan dengan pungutan 3 mata manakala Tajikistan dengan 1 mata.

Malaysia Vs Jepun

Live Streaming Malaysia Vs Jepun Bolasepak U16 26 September 2018

Berikut dikongsikan maklumat perlawanan Malaysia vs Jepun pada aksi perlawanan peringkat Kumpulan A yang bakal menentukan dua pasukan teratas kumpulan yang berjaya layak ke suku akhir kejohanan bawah 16 tahun AFC.

Malaysia akan berjaya layak secara automatik ke Kejohanan Bolasepak Dunia bawah 17 tahun di Peru tahun 2019 jika berjaya layak ke peringkat separuh akhir kejohanan ini.

Aksi perlawanan skuad bawah 16 tahun Malaysia bertemu jaguh Asia, Jepun akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. jam 430 petang waktu Malaysia dengan aksi bakal disiarkan secara langsung di saluran Astro Fox Sports.

RASMI: Perlawanan terakhir Kumpulan A Kejuaraan B-16 AFC 2018, Malaysia lwn Jepun & Thailand lwn Tajikistan petang ini telah dibatalkan kerana faktor cuaca (hujan dan petir). Kedua-dua perlawanan akan berlangsung 11.00 pagi esok iaitu 27 September 2018.

KEPUTUSAN MALAYSIA VS JEPUN BOLASEPAK AFC BAWAH 16 TAHUN 
Malaysia0 – 2Jepun
1100 pagi, 27/9/2018Toyama min 37 & Naruoka min 90 +3

Kesebelasan Pemain Malaysia U16 Vs Japan U16

Berikut adalah senarai lengkap kesebelasan pemain beserta pemain simpanan untuk perlawanan Malaysia vs Jepun:-

  • MALAYSIA: 1-Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (GK); 6-Ikhwan Hafizo, 4-Ali Imran Sukari, 3-Firdaus Ramli (C), 14-Ahmad Zikri Khalili; 11-Alif Mutalib, 18-Syukur Fariz Januri,15-Alif Daniel Abd Aziz, 16-Umar Hakeem Suhar Rezwan; 13-Harith Naem Jaineh, 7-Najmuddin Akmal Kamal Akmal.
    • Sub: 2-Azannis Adzri Abdul Halim, 5-Hariz Mansor, 8-Firdaus Kaironnisam, 9-Amirul Azzim Ruzki, 17-Alias Alan, 20-Danial Amali, 21-Abdul Alim Al-Amri Ali (GK), 22-Syahmi Adib Haikal Shukri (GK), 23-Danish Ishak.
  • JAPAN: 1-Taiki Yamada (GK), 2-Kaito Suzuki, 3-Riku Handa (C), 4-Kohshiro Sumi, 6-Asahi Yokokawa, 7-Kakeru Yamauchi, 8-Hikaru Naruoka, 10-Jun Nishikawa, 15-Ryuma Nakano, 20-Shoji Toyama, 21-Shinya Nakano.
    • Sub: 5-Yusuke Ishida, 9-Keita Nakano, 11-Kuraba Kondo, 12-Masato Sasaki (GK), 13-Shunsuke Mito, 14-Keita Ueda, 16-Maaya Sako, 17-Nao Yamada, 18-Ryotaro Araki, 19-Yusuke Aoki, 22-Mitsuki Tajima, 23-Taishi Nozawa (GK).

Kedudukan Terkini Kumpulan A Bolasepak AFC U16 Tahun 2018 KL

Berikut adalah kedudukan terkini kedudukan setiap pasukan dalam Kumpulan A. Jepun dan Tajikistan layak ke peringkat Suku Akhir sebagai Johan dan Naib Johan Kumpulan A. Thailand dan Malaysia tersingkir dan gagal ke pusingan seterusnya.

PasukanBPMSKJGGBPGMt
Jepun321072+57
Tajikistan311147-34
Thailand310278-13
Malaysia31028803

Moga pasukan bawah 16 tahun Malaysia dapat beraksi dengan baik dan sekaligus memenangi perlawanan ini dan seterusnya layak ke pusingan kalah mati kejohanan Bolasepak AFC Bawah 16 tahun 2018.