Matapelajaran Wajib Lulus Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2016

Panduan terkini dikemaskini pada 24 September 2019 jam 11:17 PM

Matapelajaran Subjek Wajib Lulus Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2015. Buat pelajar Menengah Atas, berikut disertakan senarai subjek matapelajaran yang wajib lulus untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 tahun 2016 seperti makluman dari pihak SAPS bertarikh 12 Februari 2016. Subjek Bahasa Inggeris telah dikeluarkan daripada subjek wajib lulus Tingkatan 4 seperti kenyataan KPM seperti berikut :-

Penangguhan bagi syarat
wajib lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris ini dilakukan untuk memberi
ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat
persediaan yang lebih rapi.

Matapelajaran Wajib Lulus Tingkatan 4 Dan 5 Tahun 2015

Berikut dikongsikan senarai Subjek/ matapelajaran wajib lulus untuk Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 tahun 2016 :-

wajiblulus

Tingkatan 4

  1. Sejarah
  2. Bahasa Inggeris (BI) – Telah dikeluarkan dari subjek wajib lulus 2016
  3. Bahasa Malaysia (BM)

Tingkatan 5

  1. Sejarah
  2. Bahasa Malaysia (BM)

Punca Penangguhan Bahasa Inggeris Wajib Lulus 2016

Seperti dinyatakan diatas, penangguhan pelaksanaan Bahasa Inggeris adalah kerana untuk memberi
ruang dan peluang kepada guru, murid serta pihak berkaitan dalam membuat
persediaan yang lebih rapi. Lembaga Peperiksaan Malaysia  (LPM) telah mengumumkan penangguhannya dalam pekeliling mereka bertarikh 19 Ogos 2015.

Untuk makluman, cadangan wajib lulus untuk matapelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM telah diumumkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2013, seiring dengan pelaksanaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Di bawah cadangan ini Bahasa Inggeris  dijadikan subjek wajib lulus, sekurang-kurangnya Gred E untuk melayakkan calon mendapat sijil SPM mulai 2016. Syarat ini adalah tambahan kepada syarat wajib lulus bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.  Subjek  Bahasa Inggeris  juga dicadang akan mula diperkenalkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai 2017.

Senarai Ujian Dan Jenis Peperiksaan Sumatif

Disertakan juga senarai ujian dan jenis peperiksaan yang perlu dilaksanakan oleh guru kepada pelajar untuk membolehkan markah diisi di sistem SAPS nanti. Ianya melibatkan pelajar di Darjah 3, Darjah 4 dan Darjah 5 serta pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 tahun 2015 PBS.

senaraiujian

Sumber SAPS 
mStar online