Panduan Cara Mendidik Anak Solat Dengan Mudah Dan Berkesan

Panduan terkini dikemaskini pada 16 Oktober 2018 jam 08:15 PM

Panduan Cara Mendidik Anak Solat Dengan Mudah Dan Berkesan. Anak atau zuriat adalah anugerah
Allah yang cukup berharga kepada ibu bapa. Mereka juga adalah amanah untuk
dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia
dan akhirat. Dikongsikan 15 Cara Mendidik Anak Solat, Tips & Panduan Mudah! yang dipetik dari status FB Masjid Negara KL. Moga ianya bermanfaat.Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! 

Cara Mudah Mendidik Anak Solat

1. Dekatkan anak dengan laungan Azan

Apabila mendengar azan di TV, biarkan ia disiarkan di TV dan ajarkan
anak cara menyahut azan. Begitu juga jika di luar rumah atau di dalam
kereta, berhenti berbual atau apa saja aktiviti ketika itu dan sahutlah
azan. Ini dapat menjadi contoh untuk anak-anak dan mengajar mereka azan
dan juga cara mnghormati dan menyahut azan. Jika berkesempatan, boleh
ceritakan pada anak sejarah azan, kenapa ada azan dan kisah Bilal bin
Rabah. Baca doa lepas azan, biar anak tengok.

didikanaksolat

 

2. Ajarkan anak doa selepas azan

Bacakan doa selepas azan dan ajak anak untuk ikut atau mengamiin kan
doa itu. Jika di amalkan selalu, 5 kali sehari, 7 kali seminggu, sampai
sebulan insyaAllah anak pun sudah boleh membacanya sendiri. Jangan lupa
amalkannya di rumah ataupun di luar ataupun di dalam kereta. Ambil
peluang di mana saja ketika mendengar azan. Ajar anak jadi imam pada
adik-beradik lain.

3. Didik anak solat sejak bayi

Jika anda
mempunyai anak kecil, setiap kali solat, bawa sekali anak dalam solat
dengan cara mendukung anak (rujuk cara dukung anak dalam solat). Ini
boleh dilakukan oleh ibu ataupun bapa. Jika di lakukan setiap kali di
awal waktu solat, anak kecil itu akan sentiasa bersedia setiap kali
masuk waktu solat. Sekiranya anak sudah sedikit besar dan tidak
mampu untuk didukung lagi, letakkan anak di sebelah kita bersolat
seperti di dalam ‘playpen’ supaya anak dapat melihat kita bersolat.
Kebanyakan situasi, anak-anak akan tenang apabila berada bersama kita
ketika solat. In Shaa Allah, dipermudahkan. Tidak perlu tunggu
hingga 10 tahun, baru kita terhegeh-hegeh mahu mengajarkan dan
menunjukkan cara mendidik anak solat. Mulakan dari usia bayi lagi.

4. Ajarkan anak wudhu’

Jangan lepas tangan, biarkan tanggunjawab pada guru di sekolah
tunjukkan cara wudhu’. Semak juga cara bagaimana anak ambil wudu’. Ajarkan anak mengambil wudhu’ dengan betul. Tampalkan cara mengambil
wudhu’  bergambar di setiap bilik air supaya mudah anak mengikutinya.
Setiap kali selepas azan, terus suruh anak anak ambil wudhu’. Cara
mendidik anak solat bermula dengan wudhu’. Bila wudhu’ sempurna, barulah
solat juga sempurna.
(Cara ambil wudhu’ boleh didapati di muka belakang Muqaddam). Baca Al-Quran pada anak.

5. Dengarkan anak bacaan dalam solat

Solat bersama anak dan kuatkan sedikit bacaan dalam solat supaya anak
dapat mendengar dan mengikut. Pada masa yang sama anak akan menghafal
bacaan dalam solat dan secara tak langsung menghafal surah-surah lazim.

6. Solat bersama atau berjemaah

Suami ajak anak lelaki ke masjid. Cuba untuk solat bersama sama pada setiap waktu, bangun awal untuk sama
sama solat Subuh sebelum keluar bekerja atau menghantar anak ke tadika
atau sekolah. Solat berjemaah dan kenalkan aturan saf. Jika ayah
bekerja, bolehlah solat bersebelahan dengan ibu. Jika tidak ke surau
atau masjid, apabila hujung minggu, ambil peluang untuk berjemaah
bersama-sama.

7. Ajarkan anak berwirid

Bacakan wirid supaya
anak dapat mendengarnya dengan jelas. Lama-kelamaan anak juga turut
hafal kerana 5 kali sehari diperdengarkan wirid yang sama. Di waktu
waktu terluang, bacakan maksud wirid tersebut. Mohon pada Allah agar
anak berjaya dunia akhirat

8. Bacakan doa untuk anak

Selepas
berwirid, bacakan doa dalam Bahasa Melayu yang ‘special’ untuk setiap
anak, biar mereka mendengar doa itu. Selitkan juga doa syukur kerana
mendapat anak yang baik seperti mereka (sebutkan nama anak sekali dalam
doa) yang rajin solat, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Isikan pengharapan kita di dalam doa itu kepdaa Allah dan biarkan anak
anak mendengar doa tersebut. Cuba lihat reaksi mereka. Cara ini mampu
melembutkan hati anak anak. Bersalaman, hormati adik-beradik yang lebih
tua.

9. Bersalaman selepas solat

Bersalaman selepas solat di
iringi dengan ciuman dan pelukan kasih sayang. Cara ini dapat
mengalirkan ikatan yang kuat antara ibubapa dan anak. Peluk rapat-rapat
ahli keluarga kita. Walaupun anak kecil tidak tahu apa-apa,
mereka akan rasakan aura kegembiraan itu jika bersalaman satu keluarga.
Bukan sahaja satu cara mendidik anak solat, bersalaman dapat mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan.

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!
 

10. Beri mereka pujian

Puji
mereka setiap kali selepas solat. Puji sikap mereka yang tekun, solat
dengan baik, tidak joget-joget dan bermain-main. Beritahu mereka yang
kita bangga dan bersyukur mendapat anak seperti mereka.

11. Tazkirah

Jika berkesempatan, selitkan sessi tentang perkara mengenai solat
setiap kali selepas solat. Seperti rukun solat, apa faedah solat,
sejarah solat Nabi Muhammad dan Isra’ Mikraj. Anggaplah ia sessi
tazkirah bersama anak, boleh di amalkan seminggu sekali atau setiap kali
selepas solat Magrib. Cara mendidik anak solat yang sebegini selalu
lebih berkesan, dan melekat dalam minda anak.

12. Tegur kesilapan solat anak

Setiap kali solat,
jika tepandang silap anak, tegur mereka selepas sesi berdoa. Tetapi
jangan lupa untuk mulakan dengan pujian setiap kali ingin tegur
kesilapan anak. Beginilah cara mendidik anak solat yang anak suka. Ibu
bapa tidak marah, malah beri pujian pula.

13. Ajak anak ke masjid atau surau

Jika berdekatan rumah ada masjid, sila ke masjid. Jika tiada, ke surau
sahaja. Ini adalah antara cara yang paling efektif. Bila selalu ke
masjid dan solat, mereka dapat praktis dan lihat bagaimana orang lain
solat sambil ikut imam.
Kadang-kadang, anak kecil hanya tahu
bermain sahaja di masjid atau surat. Biarkan sahaja mereka, asalkan
tidak membuat bising yang keterlaluan. Inilah satu cara mendekatkan
mereka dengan rumah Allah, dalam salah satu cara mendidik anak solat
secara halus. Walaupun tidak faham, lama-kelamaan, dia akan memahaminya
sendiri.

14. Belikan telekung dan songkok/kopiah yang anak suka

Ingat lagi zaman dulu-dulu, ramai ibu sanggup mengait buah kopiah anak
sendiri? Siap ada nama lagi. Itu adalah salah satu cara agar anak rajin
pakai kopiah dan mengerjakan sembahyang. Nampak jelas kesungguhan
orang-orang lama dalam usaha mengajarkan cara mendidik anak solat,
sebelum mereka tahu apa-apa tentang solat. Sekiranya ada anak
perempuan, ajak dia ‘shopping’ sama-sama dan belikan telekung yang dia
berkenan. Semoga usaha mendidik anak solat akan jadi lebih mudah jika
anak ada pakaian kegemaran mereka sendiri.

15. Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40

Dalam usaha dan cara mendidik anak solat, amalkan doa dari Surah
Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur iaitu
dihembuskan di umbun2 mereka. Bacakan supaya anak dapat mendengar sama
dan ajak anak membaca doa itu bersama, lama kelamaan mereka dapat
menghafal doa itu.

(40) رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan
sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami,
perkenankanlah doa permohonanku.

Didiklah anak tentang solat
bermula dengan solat 5 waktu, dan kemudiannya barulah solat-solat sunat
berjemaah seperti solat hari raya dan sebagainya. Jangan nanti anak
anak hanya tahu solat Hari Raya sahaja, tetapi tidak tahu solat 5 waktu
dan solat Jumaat. Terlalu banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk
mendekatkan anak dengan solat.

Pukul anak jika tidak solat?

Menurut Mufti Negeri Sembilan, pukul ialah satu konsep balasan kepada
kesalahan yang dilakukan oleh anak. Sehubungan dengan itu, kita harus
mendenda anak sekiranya mereka cuai atau melakukan kesalahan.
Berdasarkan ini, Islam mengharuskan kita memukul atau merotan anak
sekiranya mereka meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun.

Pada
usia ini ada antara anak kita yang telah mencapai umur baligh atau
hampir baligh iaitu usia taklif. Akan tetapi apa yang diharuskan itu
mestilah satu perkara yang munasabah.

Dalam usaha mengajar dan
menunjukkan cara mendidik anak solat, selain ibu bapa, para guru juga
diharuskan mendenda atau merotan anak muridnya yang cuai atau melakukan
kesalahan. Walau bagaimana pun janganlah terlalu mudah untuk mengenakan
denda atau rotan tanpa cuba memperbaiki atau memperbetulkannya terlebih
dahulu dengan pelbagai cara yang lain seperti nasihat.

Perkara
ini penting dilakukan bagi tujuan menanamkan perasaan pada anak bahawa
denda atau rotan itu bertujuan untuk menghentikan mereka daripada
melakukan kesalahan berulang-kali untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Lantaran, Islam lebih menggalakkan kita berlemah-lembut dalam
menyampaikan ilmu kepada anak-anak agar matlamat mendidik anak-anak
tersebut tercapai dan tidak menganggu perkembangan psikologi mereka.

Harapan kami

Usaha mengajar dan cara mendidik anak solat bermula dari kecil. Tempoh
umur 1-10 tahun ialah masa yang kritikal. Pada usia kecil, kita kena
terapkan betapa pentingnya solat dalam diri anak kita.

Andainya
tidak semua tips di atas mampu kita lakukan, lakukan sedikit yang
termampu. In Shaa Allah, Allah akan membantu yang selebihnya. Dan
ingatlah bahawa apa yang anda ajarkan adalah untuk bekalan mereka dan
bekalan kita semua.

Semoga bermanfaat.
[1] Di ambil dari Prophetic Parenting, Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid page 353.