Panduan terkini dikemaskini pada

Panduan Cara Niat Puasa Dan Ganti Qada’ Ramadhan

Niat Puasa Dan Ganti Qada’ Ramadhan. Berikut disertakan cara lafaz niat puasa ganti Ramadhan dalam rumi untuk panduan bersama. Waktu Qada’ Puasa Ramadhan adalah selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.

Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Niat Puasa Ganti Qada' Ramadhan

Niat Puasa Ganti

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Niat Puasa Dan ganti Ramadhan

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Doa Ketika Berbuka Puasa

doa berbuka puasa

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

<SUMBER : Islam Grid>

Kifarah Puasa

Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

  • Membebaskan seorang hamba yang beriman
  • Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
  • Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Fidyah

Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah

Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Sebab-sebab wajib Fidyah

  • Tidak mampu melakukan ibadah puasa
  • Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
  • Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu

Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Niat Puasa Ramadhan

Dikongsikan juga niat puasa Ramadhan untuk panduan semua

  • Niat Puasa Bulan Ramadhan dan Niat Puasa sebulan

niat puasa ramadhan

Soal Jawab Bab Menggantikan Puasa

Berikut dikongsikan soal jawab puasa ganti yang dikongsikan dari FB MyFamili Islam.

Soalan Pertama

Saya nak tanya..pasal..camana nak ganti puasa dengan cara yang betul..dan bilakah waktu nya..?

Soalan Kedua:

Assalamualaikum. ada 1 soalan berkaitan puasa, macam mana nak ganti puasa (kerana haid) yang x pernah di ganti secara teratur sejak hampr 11 tahun yang lalu (bermula umur 12 tahun) disebabkan kejahilan (parents tak ajar atau beritahu/tekankan langsung kena ganti puasa, kehidupan yang terlalu ‘open’ & social) & semestinya kerana kelalaian sendiri. Macam mana nak bayar fidyah & nak kira hari untuk ganti puasa yang tinggal dalam tempoh tersebut yang begitu lama?

Puasa yang ditinggalkan tu tidak ingat berapa hari setiap tahun cuma yang ingat bilangan hari yang tinggal paling singkat adalah seminggu & paling lama 14 hari.

Sejak diberi pendedahan agama/ belajar agama di ipt, dalam 2 – 3 tahun yang lepas, ada jugak ganti puasa tapi x ingat berapa hari dah ganti (sebab tak buat catatan, puasa saja) kecuali puasa tahun lepas, bilangan hari yang tinggal dah di ganti sepenuhnya pada tahun ini. Apakh jalan penyelesaian bagi masalah ini? Terima kasih.

Jawapan:

Pertamanya, puasa qadha atau ganti dilakukan sama seperti puasa biasa dan dilakukan pada bila-bila masa, kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

  1.     ‘Eid Al-Fitr(Hari Raya Puasa)
  2.     ‘Eid Al-Adha (Hari Raya Haji/Qurban)
  3.     Hari-hari tasyrik-11,12,13 Dzulhijjah
  4.     Hari Syak(antara 29 atau 30 Sya’ban)

Tempoh perlaksanaannya adalah sebelum datangnya Ramadhan tahun berikutnya.

Kedua, mengenai puasa ganti bagi puasa yang telah terlalu lama tidak diganti. Sebelum soalan dijawab, tahniah diucapkan kepada saudari kerana direzekikan oleh Allah untuk keluar dari kepompong kejahilan dan direzekikan dengan cahaya keinsafan dan kesedaran.Semoga saudari kekal di atas jalan yang di redhai-Nya insya-Allah.

Permasalahan Puasa

Berbalik kepada permasalahn puasa yang ditinggalkan tanpa diqadha’ dalam satu tempoh yang panjang. Berikut adalah apa yang anda perbuat:

Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar penyesalan,dan berazam untuk tidak mengulangi kesilapan ini lagi.

Cuba sedaya upaya mengira bilangan hari yang ditinggalkan,sekadar yang mampu diingati.Adapun yang saudari lupa atau tidak pasti,tidak mengapa kerana Allah maha Pengampun.Gantikan puasa yang ditinggalkan itu menurut bilangan hari yang saudari pasti.

Menurut pendapat Imam Malik,As-Syafi’i,puasa yang tidak digantikan sebelum Ramadhan berikutnya dikenakan fidyah.Walau bagaimanapun,Imam Abu Hanifah berpendapat tidak perlu membayar fidyah.Pandangan Imam Abu hanifah ini juga telah ditarjih dan dipilih oleh Syaikh Muhammad ibn Saalih Al-Uthaymin,bekas Mufti Arab Saudi. (Rujuk: Liqa’ Bab Maftuh)Jika sekiranya saudari memilih untuk membayar fidyah,berikut adalah cara pengiraannya:

Jika puasa yang ditinggalkan itu satu hari dan tidak diganti dalam tempoh setahun selepas Ramadhan berikutnya,maka puasa diqadha dan dibayar fidyah memberi makanan kepada seorang fakir miskin dengar kadar segantang beras atau apa-apa jenis makanan asasi (roti,tepung,kurma,bijirin) dengan kadar yang sama.

Jika puasa yang ditinggalkan itu sebanyak satu hari,dan tidak diganti dalam tempoh dua tahun selepas Ramadhan berikutnya maka puasa diqadha sebanyak satu hari dan fidyahnya adalah memberi makanan untuk dua orang  fakir miskin dengan kadar segantang beras atau apa-apa jenis makanan asasi (roti,tepung,kurma,bijirin) dengan kadar yang sama

Dan begitulah seterusnya. Setiap satu hari kadarnya ialah segantang dan setiap satu tahun yang luput ditambah dengan satu gantang lagi.

Demikianlah dua pendapat berkenaan fidyah yang saya bawa untuk saudari pilih pendapat manakah yang lebih ringan.Kerana Islam adalah agama Rahmatan lil ‘Alamin yang bersifat universal dan memudahkan.Kami mendoakan agar saudari diberi kekuatan untuk menggantikan puasa-puasa lama yang telah luput.

Wallahu ‘Alam

Semoga perkongsian Panduan Cara Niat Puasa Dan Ganti Qada’ Ramadhan  bermanfaat buat semua.