Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2018 (Form 6)

Panduan terkini dikemaskini pada 24 Mei 2019 jam 01:07 AM

Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2018/ 2019. Bagaimana cara membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 tahun 2018? Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2018/ 2019 akan diumumkan pada 16 April 2018. Pendaftaran pelajar adalah pada 2 Mei 2018.

Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah seperti dikongsikan di bawah ini.

SEMAKANTAWARANTINGKATAN6

CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2017

Kemasukan murid ke Tingkatan 6 tahun 2018 adalah secara tawaran oleh KPM dan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2017 boleh membuat semakan secara online di applikasi semakan bermula dari 16 April 2018.

Bagi mereka yang gagal, pelajar boleh merayu dengan membuat rayuan dengan mengikuti panduan di https://sst6.moe.gov.my/semakanT6/ mulai 16 April 2018 sehingga 24 Mei 2018.

Terdapat beberapa kategori borang rayuan Tingkatan 6 2018 dan sila klik link borang untuk memuat turun/ download borang.

Jenis-Jenis Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2018

1. Borang T6BRU

T6BRU adalah borang rayuan umum untuk murid membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2018 kecuali Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).
Panduan dan dokumen yang diperlukan boleh dirujuk sama seperti borang T6BKK

2. Borang T6BKK

Ianya adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN berdasarkan kepada pencapaian kokurikulum 2017 yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2018 kecuali Murid Berkeperluan Khas (MBK). Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2017;
  • Sijil kelahiran;
  • Kad pengenalan/pasport;
  • Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.

Nota

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Mei 2018. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Lulus dalam peperiksaan SPM 2017 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
    Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain;
  2. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan
  3. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin yang baik
  4. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.

3. Borang T6BCP

T6BCP ini adalah untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA dan SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Tahun 2018 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

Borang ini hendaklah disertakan bersama dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  • Keputusan peperiksaan SPM 2017;
  • Sijil kelahiran;
  • Kad pengenalan/ pasport;
  • Sijil Berhenti Sekolah; dan
  • Sijil-sijil persekolahan menengah.

Nota

Borang ini hendaklah dikembalikan ke Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Mei 2018
  • Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2017 dengan memperoleh pencapaian akademik yang telah ditetapkan;
  • ii. Memperoleh kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana mata pelajaran lain; dan
  • iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am.

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar dan rekod disiplin yang baik. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian)/ Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah kepada semua calon. Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

4. Borang T6BRTJ

Ianya adalah untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan tukar jurusan Tingkatan Enam Tahun 2018. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah
disahkan seperti berikut:

  • i. Keputusan Peperiksaan SPM 2017
  • ii. Inventori Minat Kerjaya dan
  • iii. Dokumen yang berkaitan

Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat
Pendidikan Daerah dengan mendapat perakuan Pengetua sekolah di mana murid berkenaan belajar.

  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Mei 2018.
  • Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangkan.

Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri kepada semua calon melalui Sekolah Pusat Tingkatan Enam masing-masing.

 

  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan di dalam talian bermula 11 Jun 2018.
    Borang permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

 

Panduan Syarat Kemasukan Dan Soalan Lazim Kemasukan Tingkatan 6 

Pelajar boleh memuat turun panduan rayuan dan dokumen berikut sebagai panduan :-

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan 6 Tahun 2017

Keputusan rayuan Tingkatan 6 tahun 2017 boleh disemak bermula 11 Jun 2018.

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan pada 25 Jun 2018.

Selamat membuat Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2018 dan semoga anda berjaya memdapatkan tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.