• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Panduanmalaysia.com

Panduanmalaysia. Portal rangkuman maklumat tepat meliputi Informasi, Semakan, Pendidikan, Sukan, Agama, Penjawat Awam dan Resepi.

  • Home
  • Pendidikan
  • Informasi
  • Agama
  • Sukan
  • Resepi
  • Penjawat Awam
  • Penafian
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Panduan memilih buah tembikai yang manis dan terbaik

ShareTweet

Artikel penulis sebelum ini berkongsi berkenaan dengan panduan memilih buah durian yang terbaik di sini. Untuk artikel kali ini, penulis ingin berkongsi pula panduan memilih buah tembikai yang manis, enak dan terbaik.

Cara memilih buah tembikai yang manis dan enak

Siapa yang tak kenal tembikai yang sedap dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan.

tembikai
Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.
Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.
Tembikai sebenarnya boleh menjadi jantan dan betina, bukan manusia dan binatang sahaja. TEMBIKAI BETINA LEBIH BESAR DARIPADA TEMBIKAI JANTAN. Cara mengenal jantan atau betina senang je, anda perlu MELIHAT JALUR YANG TERDAPAT PADA BUAH TEMBIKAI tersebut. JIKA JALURNYA KECIL MAKA JANTANLAH TU, DAN KALAU LEBAR BETINALAH TU.
Jadi petuanya, PILIHLAH YANG BETINA, sebab yang betina, manis dan kurang biji benih. Tak macam jantan, benih je banyak, tapi tak manis pun.

CARA-CARA LAIN YANG BIASA DIPRAKTIKAN SEMASA MEMILIH TEMBIKAI :

  • 1. Pastikan kulit buah tembikai yang dipilih tadi licin
  • 2. Pilih tembikai yang berat berbanding dengan saiznya
  • 3 .Buah yang masak permukaan kulitnya licin seakan berkilat menunjukkan ia dah matang, buah yang permukaan yang agak kasar menunjukkan buah tersebut masih mentah
  • 4. Pastikan juga pangkalnya gemuk dan semakin ke hujung semakin warnanya bertukar ke warna putih kuning air. Warna buahnya hijau yang menarik dan bentuk buahnya sekata kiri dan kanan (simetri)
  • 5. Tompok di bawah buah berwarna kekuningan, bukannya warna putih
  • 6. Jalur hijau di kulit buah kelihatan putus-putus atau tidak bersambung terus.Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, insyaallah ia sudah masak dan elok isinya.
SELAMAT MENCUBA….

Artikel Berkaitan:

  • Nota Sejarah Tingkatan 5 Bab 9 Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa
  • Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 Bab 8 SPM
  • Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 2 Peningkatan Tamadun
  • Senarai Bangunan Bersejarah Di Malaysia
  • Resepi Kuih Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap
  • Penyakit Kencing Manis Tanda Dan Cara Merawat

Filed Under: Informasi

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Artikel

  • Keputusan PRK Semenyih Selangor 2019 (N24)
  • Senarai Pemain Pahang FA 2019 Skuad Tok Gajah
  • Senarai Pemain Selangor 2019 Skuad The Red Giants
  • Senarai Pemain Melaka United 2019 Liga Super Malaysia
  • Senarai Pemain Perak 2019 Skuad The Bos Gaurus
  • Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2019
  • Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2019/ 2020 Online
  • Senarai Pemain JDT 2019 Johor Darul Ta’zim
Copyright © 2018 panduanmalaysia.com