Panduan Memilih Kursus Program Asasi Yang Betul

Panduan terkini dikemaskini pada 19 Oktober 2018 jam 07:53 PM

Panduan Memilih Kursus Program Asasi Yang Betul
Rate this post

Tujuan asas dan asalnya program Asasi adalah untuk kemudian membawa pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu, sila pastikan yang anda memilih program asasi yang betul yang akan membawa anda ke Kursus Ijazah Sarjana Muda IPTA yang anda inginkan.

Panduan Memilih Kursus Program Asasi Yang Betul

Berikut di antara perkara yang perlu di beri perhatian sebelum memilih sesuatu program Asasi yang ditawarkan :-

asasiuiam
  • Ada program ijazah yang hanya mengambil lepasan STPM dan tidak menerima lepasan asasi/matrikulasi atau diploma
  • Ada juga program ijazah yang hanya menerima lepasan asasi/matrikulasi
    sahaja dan tidak menerima lepasan asasi/matrikulasi ataupun dari lepasan
    diploma
  • Masih ada 2 – 3 program ijazah yang merupakan sambungan daripada
    program diploma (bermakna tiada pengambilan dari lepasan
    STPM/asasi/matrikulasi)
  • Ada program asasi/tamhidi yang khusus untuk pelajar sambung belajar di
    IPT yang sama, dan tidak boleh untuk memohon ke program ijazah di IPTA
    lain. Hanya asasi sains UM dan asasi UiTM (kecuali undang-undang (E0601)
    sahaja yang melayakkan lepasannya memohon ke IPTA lain)
  • Perlu juga diketahui bahawa lepasan asasi (foundation) dari IPTA dan
    juga lepasan program luar seperti A-level tidak layak memohon ke program
    ijazah IPTA (dalam negara)
  • Ada program ijazah sarjana muda
    yang selain meletakkan syarat pencapaian di peringkat SPM yang di ambil
    kira selain daripada syarat di peringkat STPM/asasi/matrikulasi/diploma
    – bermakna kalau STPM/asasi/matrikulasi dapat CGPA 4.00 pun; kalau
    gagal memenuhi syarat di peringkat SPM – tak akan dapat juga tempat.
  • Ada juga program asasi yang sama namanya tetapi berbeza laluannya
    untuk ke ijazah sarjana muda nanti (asasi sains hayat UM dan asasi sains
    hayat UIAM)

 

Jangan hanya melihat dan merujuk di laman web UPU untuk program lepasan
SPM sahaja, tetapi kena juga rujuk program ijazah sarjana muda (lepasan
STPM/setaraf – termasuklah asasi/matrikulasi/diploma) dari segi syarat
kemasukannya.

Berikut disertakan panduan memilih kursus program asasi yang betul untuk pengajian seterusnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda :-

asasi1

 

asasi2

 

asasi3

 

asasi4

 

asasi5

 

asasi6

 

asasi7

 

asasi8

 

asasi9

 

asasi91

 

asasi92

 

asasi93

 

asasi94