Panduan Menjadi Seorang Juruterbang Pilot

Panduan terkini dikemaskini pada 27 Mei 2019 jam 09:53 PM

Panduan Menjadi Seorang Pilot Atau Juruterbang. Bagi yang minat menjadi pilot atau juruterbang yang umum maklum mempunyai pendapatan yang tinggi, berikut dikongsikancara bagaimana dan di mana kamu boleh merealisasikan impian kamu untuk menjadi seorang juruterbang.Juruterbang atau  lebih  dikenali sebagai pilot ialah suatu kerjaya yang baik dan mendapat gaji  yang lumayan. Semua  airlines atau syarikat penerbangan memerlukan perkhidmatan juruterbang yang mempunyai tugas utama untuk memandu kapal terbang ke tempat yang dituju.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI JURUTERBANG?

Ada  beberapa  cara  untuk  menjadi seorang juruterbang di syarikat yang besar seperti MAS, SIA atau AirAsia.

1. Mengikuti program latihan.
Apabila diperlukan, airline akan mengiklankan keperluan dan temuduga dan mereka yang terpilih akan mengikuti program latihan yang diadakan di dalam negeri atau di luar negeri.

2. Mengikuti program sendiri dan memasuki syarikat selepas berkerja. Ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka mengikuti latihan juruterbang. Cara ini yang paling mudah untuk memulakan kerjaya sebagai seorang juruterbang tetapi dia mempunyai beberapa keperluan lain:

pilot

(anda terpaksa membayar lebih dahulu kos yang dianggar sebanyak RM100,000. Tetapi pada umum nya ia adalah merupakan pelaburan yang bijak kerana akan mendapat pulangan yang cepat).

GAJI/ BAYARAN

Kerja juruterbang adalah antara pekerjaan yang mendapat bayaran yang lumayan.  Seorang kapten B747 boleh mendapat RM30-40 ribu sebulan,  Kerjanya bukanlah seberat mana, bila tamat penerbangan, tamatlah kerjanya.

KEPERLUAN UNTUK MENDAPAT KERJA

1. Kelulusan – kelulusan adalah minima, mendapat SPM, dan baik di dalam sains dan matematik serta berbahasa inggeris dengan baik,

2. Sihat Tubuh badan dan mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik(tidak rabun warna.

3. Kecergasan psikomotor untuk mengendalikan penerbangan.
sumber : airlines job

Panduan Menjadi Seorang Juruterbang Pilot